Tutup

Isu susu tiruan: Menteri Kesihatan keluar kenyataan dalam masa terdekat

Isu susu tiruan: Menteri Kesihatan keluar kenyataan dalam masa terdekat
Pegawai KPDNKK menunjukkan susu rumusan bayi berjenama yang dirampas di Johor, disyaki tiruan, bernilai RM42,000 susulan aduan mengenai seorang bayi mengalami muntah teruk. Gambar fail
KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam akan mengeluarkan kenyataan bagi memberi penjelasan mengenai susu tiruan yang dirampas di sekitar Johor Bahru pada 7 Disember lalu yang didapati tidak mencapai standard tetapi selamat digunakan.

Katanya, kenyataan rasmi tersebut akan turut menyentuh semua perkara yang berkaitan isu susu tiruan yang timbul baru-baru ini, susulan tindakan penguatkuasaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Dr Subramaniam berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Krismas kelolaan MIC di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis yang mengakui sampel daripada 210 kotak susu rumusan bayi tiruan yang dirampas KPDNKK di lima lokasi berbeza di Johor didapati tidak mengikut piawaian kualiti yang ditetapkan KKM.
BACA: Aduan bayi muntah teruk: KPDNKK rampas susu dipercayai palsu

BACA: Susu tiruan dirampas tidak ikut kualiti standard Akta Makanan - KKM


Bagaimanapun, katanya, hasil analisis Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM dan Jabatan Kimia Malaysia mendapati produk tersebut adalah selamat.