NATIONAL
Isu tanah Felda: Polis buka kertas siasatan, panggil pengadu, pegawai Felda

Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya kini sedang mendapatkan pengadu untuk dirakam percakapan serta beberapa individu lain. - fotoBERNAMA
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung isu pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, di sini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan perkara ini ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini dengan berkata pihaknya kini sedang mendapatkan pengadu untuk dirakam percakapan serta beberapa individu lain.
"Kita masih belum dapat kenyataan daripada individu yang membuat aduan kepada pihak polis dan kita sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan pengadu.
"Buat masa ini belum ada sebarang rakaman percakapan dibuat," katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu berhubung penipuan dan pemalsuan dokumen.
TONTON: 'Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda' - Shahrir
Pada Khamis lalu, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akui empat lot tanah Felda di Jalan Semarak di sini telah dipindah milik kepada sebuah syarikat pemaju swasta.
Syarikat tersebut dipercayai melakukan pindak milik tanah selepas menerima surat kuasa wakil penuh daripada Felda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami