awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tanah Taman Manggis: 'Mustahil harganya RM45.3 juta pada 2010!'- Guan Eng

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2016
13:26 MYT
Isu tanah Taman Manggis: 'Mustahil harganya RM45.3 juta pada 2010!'- Guan Eng
Menurut Guan Eng, tanah itu kemudian dijual kepada syarikat yang membuat bidaan tertinggi menerusi sistem tender terbuka pada nilai RM11.5 juta. - Gambar fail
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap menafikan bahawa kerajaan negeri pimpinannya menjual tanah di Taman Manggis di bawah harga pasaran pada 2010.
Menurutnya, harga tanah di lokasi tersebut bukan ditetapkan pentadbiran negeri tetapi oleh kerajaan pusat di mana pada 2009, Jabatan Penilaian, sebuah agensi di bawah kerajaan pusat menetapkan nilainya pada RM8.3 juta.
Ia sekali gus menolak dakwaan Gerakan Pulau Pinang bahawa harga sebenar tanah tersebut pada waktu pembelian adalah RM45.3 juta.
"Saya tak faham bagaimana dalam tempoh setahun nilai tanah boleh naik sehingga lima kali ganda, mustahil.
"Jadi sekiranya mereka ada keraguan terhadap nilai yang ditetapkan Jabatan Penilaian itu, mereka patut soal kerajaan persekutuan," jelasnya.
Malah maklum Guan Eng, tanah itu kemudian dijual kepada syarikat yang membuat bidaan tertinggi menerusi sistem tender terbuka pada nilai RM11.5 juta.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa tanah seluas satu ekar itu terlalu kecil dan tidak sesuai untuk membangunkan projek perumahan rakyat.
Sebagai ganti, kerajaan negeri memperuntukkan tanah lain seluas 11 ekar di Jalan S.P. Chelliah bagi membangunkan projek kos rendah dan sederhana.
Penjelasan itu dibuat Guan Eng berhubung dakwaan Setiausaha Gerakan Negeri, Oh Tong Keong pada Ahad mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP menjual tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin, Georgetown pada harga yang begitu rendah kepada sebuah syarikat swasta.
Tong Keong meminta kerajaan negeri mendedahkan dokumen tender terbuka yang dibuat untuk tanah tersebut supaya dapat dilihat rakyat sama ada proses jual beli itu dijalankan dengan telus atau sebaliknya.
Topic Berkaitan
#GERAKAN
#isu banglo
#Ketua Menteri Pulau Pinang
#Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan