awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu terowong dasar laut: Kerajaan negeri akan beri kerjasama

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/01/2018
08:55 MYT
Isu terowong dasar laut: Kerajaan negeri akan beri kerjasama
Kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya terhadap projek terowong dasar laut di negeri itu.
Bagaimanapun Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, beliau berharap siasatan berkenaan bukan dilakukan kerana pilihan raya semakin hampir atau serangan oleh pro Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan negeri.
Katanya, SPRM telah memulakan siasatan berhubung projek berkenaan sejak 2016 namun sehingga kini siasatan masih lagi diteruskan.
Mengakui agak terkejut dan hairan dengan tindakan sedemikian, Guan Eng sekali lagi menegaskan projek tersebut diberikan kepada pemaju menerusi tender terbuka, yang dipantau oleh syarikat perakaunan antarabangsa KPMG.
“Kita akan memberi kerjasama dengan SPRM Cuma saya harap siasatan ini dilakukan bukan kerana pilihan raya (semakin hampir).
“Saya rasa hairan kenapa siasatan ini tidak habis sedangkan ia bermula pada 2016. Siasatan masih lagi berlangsung," katanya berkata demikian pada sidang media di Pejabatnya di Komtar pada Rabu selepas menyampaikan bantuan cek kepada pasukan Bomba Sukarela Pulau Pinang dan Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM) .
SPRM telah menahan dua pengarah syarikat hartanah yang bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan dan masing-masing direman selama enam hari di Mahkamah Majistret Georgetown dan Putrajaya hari ini.
Kedua-duanya di reman bagi membantu siasatan mengikut Sesyen 16 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Lim Guan Eng
#penyelewengan
#Rasuah
#SPRM
#tender terbuka
#terowong dasar laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan