Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin perlu menghormati keputusan yang dicapai secara kolektif melalui mesyuarat Biro Politik parti berkenaan berhubung isu video intim yang menjadi kontroversi baru-baru ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, seperti yang dilaporkan media, mesyuarat Biro Politik parti berkenaan baru-baru ini menetapkan tiada sebarang tindakan akan diambil ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, melainkan diberi surat tunjuk sebab.
Menurut Saifuddin, Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang dilihat bertentangan dengan keputusan kolektif kerana hanya akan memburukkan lagi keadaan.
“Seperti mana mesyuarat biro politik yang lepas, beliau (Zuraida) ikut hadir dan keputusan Lembaga Disiplin mengenai perkara itu telah dibincangkan dan beliau ambil bahagian sama.
“Keputusan itu kolektif, lebih baik dan lebih molek hormati keputusan yang dibuat secara kolektif,” kata Saifuddin ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Pada Isnin, Zuraida dilaporkan berkata, pucuk pimpinan PKR seharusnya mengambil keputusan lebih tegas dengan memecat Haziq kerana dengan terang-terangan mengakui beliau terlibat secara langsung dengan video seks itu.
Kenyataan Zuraida lantas dibidas Naib Ketua Wanita PKR, Datin Faizah Ariffin, kerana dianggap tidak menghormati keputusan parti.
Pada 19 Jun lepas, biro politik PKR telah memberi Haziq Abdullah tempoh 14 hari untuk memberi surat tunjuk sebab, rentetan dari kemelut video seks yang melanda parti itu serta kerajaan.
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pengakuan Haziq yang mendakwa mengadakan hubungan intim dengan seorang pemimpin kanan parti dan kerajaan.
Pengakuan itu susulan tersebarnya sedutan video intim pasangan sejenis di media sosial.
Haziq mendakwa, pasangannya dalam video itu ialah Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Azmin bagaimanapun, menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan tuduhan itu berniat menjatuhkan reputasi, maruah dan kedudukannya sebagai pemimpin.
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam reaksinya juga menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas selain yakin Azmin bukan individu yang dikaitkan dalam video lucah itu.
Perdana Menteri juga berkata, penyebaran video itu oleh pihak tidak bertanggungjawab jelas bermotifkan politik dengan tujuan untuk menjatuhkan Azmin.
BACA: Isu video intim: Biar PKR selesaikan masalah dalaman sendiri - Dr Wan Azizah
Firdaus Azil
Tue Jun 25 2019
Isu video intim yang mengaitkan pemimpin kanan PKR kata Saifuddin, telah dibincangkan secara kolektif melalui mesyuarat Biro Politik yang turut dihadiri Zuraida. - Gambar fail
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).