Kerajaan akan mengadakan perbincangan secara terperinci di dalam Kabinet berhubung proses menghantar pulang pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik sekiranya menerima permohonan secara rasmi daripada kerajaan India.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Mohamed Hanipa Maidin berkata, langkah-langkah sewajarnya akan diambil berhubung proses mengekstradisi pendakwah itu kerana ia membabitkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan India.
"Kerajaan (Malaysia) perlu mengambil kira pelbagai faktor dan segala tindakan akan diambil setelah menerima permintaan rasmi daripada kerajaan India. Saya tidak akan komen lebih lanjut sebelum ada apa-apa permintaan.
"Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), kerajaan belum menerima sebarang permohonan daripada India bagi mengekstradisi pendakwah berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menziarahi seorang mangsa banjir pada Program Hero Tak Didendang di Kampung Batu 9, Changkat Jong, di sini hari ini.
Nur Aishah Iman Harold Ng Lip Singh, 22, yang baru melahirkan bayi lelaki terpaksa meredah banjir untuk menyelamatkan anak dan dirinya dalam keadaan berpantang ketika bencana itu melanda sekitar kawasan berkenaan pada 6 Jun lalu.
Semalam, Dr Wan Azizah berkata, tiada keperluan untuk kerajaan Malaysia menghantar pulang Zakir ke negara asalnya kerana belum menerima sebarang permohonan daripada kerajaan India sehingga kini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Zakir dihantar pulang ke India.
Dr Mahathir menegaskan, Malaysia mempunyai hak sama ada mahu menghantar pulang atau tidak pendakwah terkenal itu ke negara asalnya selepas New Delhi dilihat begitu terdesak untuk menahan Zakir atas tuduhan pengubahan wang haram di India. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2019
Isu ekstradisi Zakir Naik hanya akan dibawa ke Kabinet jika kerajaan menerima permohonan secara rasmi, kata Mohamed Hanipa. - Gambar fail
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Isu Zakir Naik dibawa ke Kabinet jika ada permohonan ekstradisi
Kerajaan akan mengadakan perbincangan secara terperinci di dalam Kabinet berhubung proses menghantar pulang pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik sekiranya menerima permohonan secara rasmi daripada keraja