awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Zakir Naik: Kementerian Luar akan hantar surat rasmi pendirian Malaysia

Bernama
Bernama
07/11/2019
22:00 MYT
Isu Zakir Naik: Kementerian Luar akan hantar surat rasmi pendirian Malaysia
Kementerian Luar akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan India bagi menjelaskan pendirian Malaysia untuk tidak menghantar pulang penceramah bebas Dr Zakir Naik ke negara asalnya. -Gambar fail
Kementerian Luar akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan India bagi menjelaskan pendirian Malaysia untuk tidak menghantar pulang penceramah bebas Dr Zakir Naik ke negara asalnya.
Menteri berkenaan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bagi menyediakan isi kandungan yang tepat untuk surat itu.
"Memang ada permohonan dari (kerajaan) India dan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dah jawab mengapa kita tak hantar (Dr Zakir) balik.
"Dan ketika pertemuan saya dengan Menteri Hal Ehwal Luar India (S. Jaishankar), minggu lepas di Bangkok sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-35, beliau menimbulkannya dengan begitu tertib dan hanya minta kita menghantar surat untuk jawapan rasmi daripada kita," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Mengenai operasi Pusat Keamanan Antarabangsa King Salman (KSCIP) yang dihentikan tahun lepas, Saifuddin berkata Kabinet mahu perkara itu dikaji semula sekiranya ada kewajaran untuk ia diteruskan.
Tahun lepas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dilaporkan berkata Malaysia menghentikan operasi KSCIP, dengan menyerap fungsi pusat itu ke dalam Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan.
Sidang Dewan Rakyat bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Dewan Rakyat
#India
#Mahathir Mohamad
#Peguam Negara
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan