Kertas siasatan terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan berkata, pihak polis menerima 515 laporan berhubung isu ceramah Dr Zakir Naik.

“Kes ini disiasat di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Sebelum ini Zakir Naik dan beberapa saksi dipanggil untuk beri keterangan,” katanya pada Jumaat.

Pada masa sama, pihaknya turut mengeluarkan arahan larangan meneruskan sebarang aktivti ceramah oleh penceramah itu sehingga siasatan selesai.

Zakir Naik juga akur dengan arahan pihak polis untuk tidak terus ceramah di mana-mana majlis di negara ini.