Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM) hari ini mengesahkan bahawa Jho Low menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.
Fakta ini bagaimanapun diminta disembunyikan atas arahan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, melalui ketua setiausaha sulit beliau ketika itu, menurut kenyataan dikeluarkan Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad pada Ahad.
Penyembunyian fakta ini dikatakan dibuat melalui pengguguran beberapa perenggan dalam Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.
Menurut Madinah, terdapat dua pengguguran penting yang telah dilakukan; pertama berkaitan status akaun kewangan 1MDB, dan kedua mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.
Kenyataan itu turut menamakan beberapa bekas tokoh kerajaan yang penting, termasuk bekas ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri, Tan Sri Shukry Salleh, bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang.
Ia juga melibatkan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda, dalam kapasitinya membuat keputusan penting berhubung proses pengguguran fakta dalam Laporan Audit 1MDB ini.
Menurut Madinah, pada 20 Februari 2016, Shukry meminta JANM membentangkan laporan audit akhir mengenai 1MDB kepada perdana menteri untuk perbincangan lanjut.
JANM kemudiannya mendakwa, laporan audit akhir ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC).
JANM mendakwa, disebabkan perlunya membuat pindaan dan pengguguran fakta dari laporan audit 1MDB, mesyuarat PAC yang pada asalnya dijadual untuk diadakan pada 24 Februari 2016, ditangguh hingga ke 4 dan 7 Mac 2016 bagi memberi masa kepada JANM membuat pindaan-pindaan.
Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang mempunyai penyembunyian fakta ini kemudiannya dibentangkan kepada PAC pada 4 dan 7 Mac 2016.
PENGGUGURAN PENTING PERTAMA
Pada 22 Februari 2016, Najib, melalui Shukri, telah mengarahkan dua perenggan digugurkan dari Laporan Akhir Pengauditan 1MDB berkaitan dengan fakta tentang akaun kewangan 1MDB untuk tahun berakhir 31 Disember 2014. Pertemuan ini dihadiri Ali, Shukry dan Ambrin, antara lain.
Alasan yang diberikan Shukry untuk menggugurkan dua perenggan ini adalah bagi membenarkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Pada 23 Februari 2016, JANM telah mengklasifikasikan 1MDB sebagai sebuah 'krisis'.
PENGGUGURAN PENTING KEDUA
JANM mendakwa bahawa Najib kemudiannya mengarahkan satu lagi fakta untuk disembunyikan. Kali ini berkaitan dengan Jho Low menghadiri mesyuarat 1MDB.
Dalam satu mesyuarat pada 24 Februari 2016 yang dihadiri Ali, Shukry, Ambrin dan Arul, bersama wakil Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewangan, JANM mendakwa terdapat beberapa lagi perenggan dan petikan lain yang diminta dipinda dan digugurkan.
Pada 25 Februari 2016, pasukan audit 1MDB diarahkan oleh Ali untuk menghadiri mesyuarat di pejabatnya, bersama-sama dengan Arul, bagi membincangkan maklumat lanjut mengenai Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.
JANM mendakwa bahawa Shukry, atas arahan Najib, mengarahkan bekas pengarah audit untuk membuang satu perenggan yang membuktikan bahawa Jho Low ada menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.
Shukry mendakwa penyembunyian fakta ini adalah penting dan sensitif, dan harus dibuat untuk mengelakkan pihak pembangkang memanipulasikan isu ini.
Pada 28 Februari 2016, Laporan Akhir Pengauditan 1MDB telah dipinda untuk mengecualikan kehadiran Jho Low dalam mesyuarat 1MDB dan dokumen yang telah dipinda ini kemudiannya diserahkan kepada Ali untuk tindakan selanjutnya.
Pada 1 Mac 2016, Ali sekali lagi memanggil pasukan Audit ke pejabatnya untuk membincangkan dokumen laporan audit ini.
Dalam sesi ini, menurut Madinah, hanya ada dua individu yang hadir, iaitu Arul dan Ali sendiri.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua Arul dan Ali dilaporkan meneliti dokumen akhir, yang mana, peninggalan dan/atau pindaan selanjutnya turut diperintahkan.
Laporan Akhir Pengauditan 1MDB ini kemudian dicetak pada 2 Mac 2016.
Keesokan harinya pada 3 Mac 2016, dua salinan laporan diberikan Ali kepada Shukry.
Pada 4 dan 7 Mac 2016, Ambrin mempersembahkan laporan audit ini di hadapan PAC.
JANM mengatakan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang asal dan tidak mengandungi apa-apa pindaan dan pengguguran telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis pada tahun ini untuk tindakan seterusnya.
Astro Awani
Sat Nov 24 2018
Najib sebelum ini mengatakan beliau tidak kenal Jho Low. Kenyataan ini dipinda kemudiannya, menyatakan bahawa beliau kenal Jho Low tetapi hanya dari segi professional. Gambar fail
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.
Kelulusan Najib diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu mahkamah kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB.
SPRM peroleh dokumen bank berkaitan kes 1MDB dari beberapa negara melalui MLA - Saksi
Switzerland, Barbados, Hong Kong dan Belanda hulur bantuan dari segi penyerahan dokumen bank melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA).
1MDB: Pertuduhan terhadap Najib tidak cacat - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak cacat.
Jho Low bersumpah mahu jadikan hidup saya menderita jika kembali - Jasmine Loo
Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low telah bersumpah untuk menjadikan hidupnya menderita sekiranya beliau kembali ke Malaysia.
Jho Low arah Kee Kok Tiam sediakan surat derma Arab Saudi - Jasmine Loo
Arahan itu adalah bagi menyatakan dana-dana yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma dari Arab Saudi.
Kes 1MDB: Jho Low dakwa ada bukti, bertindak atas arahan Najib - Saksi
Jasmine Loo berkata, Jho Low pernah mendakwa, sekiranya apa-apa terjadi kepadanya, dia mempunyai bukti menunjukkan semua tindakan yang dilakukan ialah mengikut permintaan Najib.