Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Jabatan Imigresen nafi kejadian rempuhan di BSI

Jabatan Imigresen nafi kejadian rempuhan di BSI
Khairul Dzaimee berkata laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor berhubung perkara tersebut. Gambar fail/ Bernama.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan kononnya berlaku kejadian rempuhan sekumpulan warga tempatan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata rakaman video yang tular sebenarnya adalah suasana latihan kebakaran di BSI pada 18 Disember tahun lepas.
"JIM memandang serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor berhubung perkara tersebut.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 64 saat menunjukkan sekumpulan lelaki cuba memasuki kawasan bangunan terbabit tular di aplikasi WhatsApp. - BERNAMA