Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengadakan perjumpaan dengan persatuan majikan bagi menerangkan bayaran levi pekerja asing yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jan lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata ini susulan permintaan pihak persatuan majikan yang mahu penerangan lanjut mengenai perlaksaan pembayaran berkenaan.
"Dalam pertemuan itu kita antara lain telah menjelaskan rasionalnya pembayaran levi itu dan ianya dilaksanakan untuk kebaikan negara ini," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Pada Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata majikan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar levi pekerja asing berkuat kuasa 1 Jan 2017 di bawah Komitmen Mandatori Majikan (EMC).
Terdahulu, Mustafar menandatangani p erjanjian kerjasama antara JIM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk bertukar kepakaran dalam penyelidikan dan perkongsian ilmu selain menjalankan program latihan industri yang terbuka kepada pelajar dan kakitangan JIM.
Sementara itu, Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim berharap kerjasama itu dapat mempercepatkan urusan memproses permohonan visa pelajar dan pengajar antarabangsa.
Katanya, masalah kelewatan visa itu melibatkan sejumlah pelajar dan tenaga pengajar asing yang ramai dan kebanyakan mereka yang terlibat itu merupakan mereka yang berkebolehan tinggi dan sangat berpotensi. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2017
MUSTAFAR: Ini susulan permintaan pihak persatuan majikan yang mahu penerangan lanjut mengenai perlaksaan pembayaran berkenaan. - Gambar BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IJM raih dua kontrak bernilai RM981.8 juta
Ia melibatkan kontrak pembinaan siap guna reka bentuk dan bina bernilai RM831 juta untuk hospital kerajaan baharu yang dilengkapi 312 katil.
Berlari di Besraya lebih mencabar daripada NPE
Buat julung kalinya, IJM Allianz Duo Highway Challenge akan melibatkan larian pada waktu malam.
Diskaun 10 peratus di lebuh raya IJM sempena CNY
Lebuh raya yang terlibat termasuk Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).
Tiga lebuhraya tawar diskaun 10 peratus sempena Krismas
Ia melibatkan lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS, Plaza Tol Ampangan).
Lebih 106,594 pas dilulus untuk ekspatriat - Imigresen
Lebih daripada 106,594 pas kerja (EP) dan lawatan profesional (PVP) telah diluluskan Jabatan Imigresen menerusi Pusat Khidmat Bakat Ekspatriat Malaysia (MYXpats Centre).
Jabatan Imigresen perjelas perlaksanaan bayaran levi pekerja asing
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengadakan perjumpaan dengan persatuan majikan bagi menerangkan bayaran levi pekerja asing yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jan lepas.