Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan keputusan untuk mengkorporatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak lama lagi dengan skim perkhidmatan yang lebih baik.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langkah pengkorporatan JKDM telah tertangguh berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.
"Memandangkan kecemerlangan anggota Jabatan Kastam menjalankan tugas dengan cemerlang maka kerajaan akan korporatkan jabatan ini dengan skim perkhidmatan yang lebih baik," katanya.
Berucap pada Majlis Penghargaan Kastam Bersama Perdana Menteri di sini malam ini, Najib berkata ia merupakan hadiah terbaik kepada anggota JKDM dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad yang akan bersara beberapa hari lagi.
Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong.
Pada majlis itu, Najib turut memuji Jabatan Kastam sebagai wira yang telah menyelamatkan ekonomi negara serta mengulangi bahawa pelaksanaan GST adalah terbukti berjaya menyelamatkan ekonomi negara.
Katanya walaupun pelaksanaan GST dikritik dan dibantah dengan kata-kata kesat, kerajaan tetap mengambil langkah berani dan tegas itu demi kepentingan rakyat.
Beliau berkata Malaysia memerlukan satu sistem percukaian yang moden, progresif, telus dan berkesan untuk mentransformasi menjadi sebuah negara maju.
"Ini soal fundamental. Kalau mengimpikan Malaysia dilonjak sebagai sebuah negara maju, kita mesti melaksanakan GST kerana ia terbukti sistem percukaian paling baik di dunia.
"Niat kerajaan tidak lain dan tidak bukan ialah supaya kita melakukan perubahan untuk kita buat pembaharuan struktur cukai dalam negara," katanya.
Kerajaan mula melaksanakan GST dengan kadar enam peratus pada 1 April 2015, dengan jumlah kutipan hasil untuk tempoh sembilan bulan pada 2015 ialah RM21.9 bilion manakala RM41.2 bilion pada tahun lepas.
Sebelum pelaksanaan GST, keseluruhan kutipan hasil Kastam adalah RM35.1 bilion pada 2014.
Najib berkata dalam satu majlis taklimat hari ini, Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim memaklumkan bahawa pelaksanaan GST dapat mengelakkan Malaysia dari senario buruk.
Menurutnya, Gabenor Bank Negara memaklumkan sekiranya tanpa GST, defisit yang kini 3.1 peratus mungkin melonjak kepada enam atau tujuh peratus, selain nilai mata wang akan merudum kepada RM6 atau RM7 kepada dolar Amerika berbanding RM4.45 sekarang.
"Rating kita akan menjadi lebih buruk lagi oleh penarafan antarabangsa kerana hasil kita tidak cukup untuk menampung keperluan pentadbiran dan pembangunan negara. Kita mungkin terpaksa menambah pinjaman dalam dan luar negara," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 13 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Malam Penghargaan Kastam Diraja Malaysia di Dewan Seri Endon Puspanitapuri hari ini. - Foto Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Jabatan Kastam akan dikorporatkan tidak lama lagi - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan keputusan untuk mengkorporatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak lama lagi.