Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika

Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika
Ribut Tropika (Lekima) kini berada kira-kira 908 kilometer (km) ke Timur Laut Luzon. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ribut Tropika (Lekima) kini berada kira-kira 908 kilometer (km) ke Timur Laut Luzon, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan pergerakan ribut tropika itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia.
Berdasarkan pencerapan pada 5 petang tadi, jarak ribut itu dari bandar terdekat di negara ini ialah kira-kira 1,914 km ke timur laut Sandakan, Sabah.

-- BERNAMA

Tag: Jabatan Meteorologi Malaysia, MetMalaysia, Ribut Tropika, Lekima, Timur Laut Luzon, Filipina


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.