awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Meteorologi nafi akan berlaku gempa bumi di KL, Bukit Tinggi

Bernama
Bernama
11/06/2015
01:29 MYT
Jabatan Meteorologi nafi akan berlaku gempa bumi di KL, Bukit Tinggi
MetMalaysia nafi khabar angin bahawa Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi, Pahang akan dilanda gempa bumi susulan kejadian gempa bumi di Sabah Jumaat lepas. - Gambar fail
Jabatan Meteorologi Malaysia semalam menafikan khabar angin bahawa Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi, Pahang akan dilanda gempa bumi susulan kejadian gempa bumi di Sabah pada Jumaat lepas.
Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini berkata pihaknya tidak menjangkakan sebarang gempa di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh terdekat, kecuali berlaku gempa bermagnitud kuat di Sumatera, Indonesia.
Menurutnya susulan gempa bumi kuat berukuran 9.2 skala Richter di Sumatera Utara pada 26 Dis 2004 dan di Pulau Nias, Sumatera Barat bermagnitud 8.7 pada 28 Mac 2005, telah menyebabkan garis sesar di Bukit Tinggi menjadi aktif semula dan mengakibatkan beberapa siri gempa yang lemah dengan kekuatan antara 1.7 hingga 4.2 skala Richter dalam tempoh 2007 hingga 2009.
BACA: 'Gempa, tsunami bakal melanda Pahang hanya khabar angin' - MetMalaysia Ujian siren Tsunami di Bintulu hari ini
Untuk pengesahan maklumat, orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Meteorologi Malaysia http://met.gov.my, mobile web rasmi m.met.gov.my atau melalui laman Facebook dan Twitter.
Selain itu, boleh juga hubungi MetMalaysia hotline di talian 1300-22-1MET (1638).
Topic Berkaitan
#Bukit Tinggi
#gempa bumi
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Kuala Lumpur
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan