Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuhkan dalam tempoh dua tahun bagi mewujudkan pengasingan kuasa antara Jabatan Pendakwaan dan Jabatan Kehakiman Syariah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata jabatan itu akan mengawal selia semua perkara berkaitan pendakwaan syariah di Malaysia termasuk pengurusan dan tadbir urus, kemahiran pendakwa syarie, penyeragaman undang-undang jenayah syariah serta pelaksanaan proses dan prosedur perundangan.
Menurutnya, setakat ini Jabatan Pendakwaan Syariah telah ditubuhkan di peringkat Wilayah Persekutuan dan menjadi hasrat agar jabatan pendakwaan di peringkat Persekutuan ditubuhkan memandangkan pada masa ini jabatan pendakwaan negeri-negeri adalah di bawah Jabatan Kehakiman Syariah.
Untuk itu, Mujahid berkata satu kertas kerja mengenai pembentukan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia akan dibentangkan pada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada tahun depan.
"Selepas MKI, kita bawa kepada Majlis Raja-Raja untuk mendapatkan perkenan dan seterusnya barulah kita boleh buat libat urus di peringkat negeri-negeri," katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2019, di sini hari ini.
Mengenai persidangan itu, Mujahid berkata ia diadakan bagi memperkukuh pemahaman dan pengetahuan pendakwa syarie terhadap isu-isu perundangan syariah dalam negara, selain mempersiapkan mereka dengan maklumat terkini ke arah penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 01 2019
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyampaikan ucapan pada perasmian Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2019 anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) hari ini. - Foto BERNAMA
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Periksa latar belakang pendakwah, hubungan kaum masih rapuh - Mujahid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata langkah perlu dilakukan kerana hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ketika ini agak rapuh.
Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuh dalam dua tahun
Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuhkan dalam tempoh dua tahun bagi mewujudkan pengasingan kuasa antara Jabatan Pendakwaan dan Jabatan Kehakiman Syariah, kata Menteri di Jabatan Perdan
Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian, Sabtu ini - Mujahid
Perhimpunan itu bagi menunjuk kepada dunia bahawa Malaysia tolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch.
Gerakan Anti Perkauman mahu semarak semula roh kemerdekaan
Berteraskan perpaduan kaum, sekumpulan pemimpin masyarakat pelbagai kaum dan agama bersatu membentuk pasukan kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP).