Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengarahkan pegawainya ke sebuah kampung di Ulu Tembeling, Jerantut dekat sini, bagi menyiasat dakwaan kejadian ritual 'zikir berdiri' yang tular di laman sosial.
Timbalan Pengarahnya Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata pihaknya akan bersemuka dengan imam dan makmum surau kampung itu untuk mendapatkan penjelasan aktiviti yang dikatakan berlaku pada 11 Julai lalu.
"Kami perlu melakukan siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan seterusnya kerana masih terlalu awal untuk mengaitkan perbuatan itu dengan ajaran sesat.
"Video yang tular di laman sosial juga terlalu pendek untuk kita terus membuat penilaian dengan hanya melihat daripada rakaman itu semata-mata," katanya semasa dihubungi di sini, pada Isnin.
Mohd Ghazali juga mengesahkan pihak JAIP tidak menerima laporan berhubung kegiatan itu, namun siasatan akan tetap dilakukan.
Katanya, daripada maklumat awal difahamkan lelaki dikenali sebagai Tok Ki@ Tok Ayah yang mengetuai 'zikir berdiri' itu terlibat dalam rawatan Islam dan apa yang berlaku adalah sebahagian daripada proses perubatan.
Pada Sabtu lepas, tiga rakaman video berdurasi antara 15 saat dan seminit 12 saat tular di laman sosial menunjukkan sekumpulan jemaah lelaki dan wanita melakukan beberapa pergerakan badan sambil mengalunkan bacaan yang tidak jelas sebutannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019
Mohd Ghazali juga mengesahkan pihak JAIP tidak menerima laporan berhubung kegiatan itu, namun siasatan akan tetap dilakukan. - Gambar fail
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Pemimpin masyarakat setempat perlu kerjasama sekat aktiviti sebar ajaran sesat
Pemimpin masyarakat setempat perlu bekerjasama dan bersatu dalam usaha membanteras aktiviti penyebaran ajaran sesat di kawasan masing-masing.
Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang
Asmadi berkata, umat Islam perlu merujuk kepada ahli-ahli agama bertauliah sekiranya terdapat kekeliruan serta ajaran yang bercanggah.
Pemantauan berterusan kekang ajaran sesat di Pahang
Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan selama ini.
Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis
Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Ayah Pin: Bukan hidupkan semula ajaran sesat, cuma keraian - Penduduk kampung
Penduduk di Kampung Batu 13 di Hulu Besut dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungun itu.
Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis
Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu.
Cubaan hidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin dalam perhatian
Ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut.
Falsafah 'Ahmadi' jelas bercanggah ajaran Islam - IKIM
Mohamed Azam berkata, ajaran tersebut tiada kaitan dengan ajaran Islam, walaupun kandungannya banyak memetik ayat-ayat al-Quran dan hadis.
Ajaran sesat 'The Ahmadi': PDRM ambil tindakan jika ancam, ganggu ketenteraman - Saifuddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan lanjut sekiranya wujud ancaman yang boleh mengganggu ketenteraman awam.