Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan untuk melaksanakan Kursus Pra-perkahwinan Islam (KPPI) secara dalam talian bermula 13 Jun depan.
Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata, permohonan untuk mengikuti KPPI secara dalam talian itu boleh dibuat, menerusi pautan yang disediakan mengikut daerah di Selangor, bermula Selasa ini.
Beliau berkata, jumlah maksimum penyertaan peserta dalam setiap sesi penganjuran KPPI dalam talian tersebut, adalah 150 orang.
"Dua sesi penganjuran pada hari cuti hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad, akan dibuat mengikut keperluan.
"Sesi pertama bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari, manakala sesi kedua bermula jam 2 petang sehingga 6 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahzihan berkata, pemohon yang telah memohon akan menerima jemputan kursus tersebut melalui e-mel masing-masing.
Katanya, setelah itu setiap peserta perlu mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan, sehingga selesai mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
"Sijil hanya akan diberikan kepada peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan, dan mereka boleh mengambil sijil serta nota KPPI, di kaunter pendaftaran tempat mereka mendaftar.
"Transaksi serah terima sijil, nota KPPI dalam talian dan pembayaran fi, hendaklah dibuat selepas lima hari bekerja dan tidak melewati 30 hari bekerja, selepas peserta berjaya menyelesaikan tugasan dalam KPPI dalam talian," tambahnya.
Katanya, peserta boleh merujuk tatacara lengkap berkaitan pelaksanaan KPPI dalam talian di laman web www.jais.gov.my, Facebook Jabatan Agama Islam Selangor, dan Instagram jabatan.agama.islam.selangor.
JAIS akan mengutamakan peserta yang telah mendaftar dan membuat pembayaran yuran penyertaan, bagi menghadiri KPPI yang tertangguh sejak 18 Mac lepas, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan akibat COVID-19.
"JAIS berharap semua bakal-bakal peserta KPPI dalam talian bersabar, bertenang, dan meneliti semua proses-proses yang ditetapkan, serta menghubungi Bahagian Undang-Undang Keluarga ditalian 017-949 2634 mulai 9 Jun ini, untuk mendapatkan keterangan lanjut berkaitan perkara ini," kata Mohd Shahzihan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 06 2020
JAIS menetapkan untuk melaksanakan Kursus Pra-perkahwinan Islam (KPPI) secara dalam talian bermula 13 Jun. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.