Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan semua peperiksaan awam di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditunda kepada suku pertama 2021.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peperiksaan itu melibatkan Sijil Menengah Agama (SMA); Sijil Menengah Agama Tahfiq Quran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Tarbiyah Diniah (SMATD).

"Kerajaan negeri menetapkan semua jenis peperiksaan di bawah JAIS akan ditunda pada suku pertama tahun depan.


"Semua peperiksaan awam ini akan dilaksanakan setelah keadaan kembali pulih," katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitternya pada Khamis.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kementeriannya mengambil keputusan untuk menunda tarikh peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada suku pertama tahun 2021.