Jakarta Diserang: Rakyat Malaysia disahkan selamat

Jakarta Diserang: Rakyat Malaysia disahkan selamat
Polis Indonesia memburu suspek susulan beberapa ledakan bom dan tembakan yang berlaku di persimpangan Jalan MH Thamrin di Jakarta pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa insiden letupan dan tembakan yang berlaku di Jakarta, Indonesia pagi tadi.

Ini telah disahkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam satu kenyataan.

Kedutaan Malaysia di Jakarta kini sedang memantau keadaan di sana, kata kenyataan itu.
Warganegara Malaysia yang menetap di Jakarta atau akan mengunjungi kota itu dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kedutaan Malaysia di Jakarta boleh dihubungi menerusi telefon 0062 21 5224 947, emel mwjakarta@kln.gov.my atau di Jalan H.R. Rasuna Said, Kav. X/6, No. 1-3 Kuningan, Jakarta Selatan 12950 Republik Indonesia.