awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKIM keluarkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa PKPB

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2020
09:46 MYT
JAKIM keluarkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa PKPB
Datuk Paimuzi Yahya berkata, panduan umum sambutan hari raya itu termasuk amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat dan khutbah hari raya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mengandungi amalan-amalan yang dituntut kepada umat Islam untuk dilakukan semasa sambutan Aidilfitri.
Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya berkata, panduan umum sambutan hari raya itu termasuk amalan sunat dan wajib sempena Hari Raya, panduan takbir, solat dan khutbah Hari Raya.
"Oleh kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini berlangsung dalam tempoh PKPB, maka kerajaan telah menyarankan umat Islam supaya menyambut Hari Raya Aidilfiri secara sederhana dengan mengutamakan amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam sahaja.
"Amalan sambutan perayaan yang berbentuk tradisi bolehlah ditangguhkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan yang lebih utama," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook pada Jumaat.
Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa PKPB ini boleh dimuat turun dari portal rasmi JAKIM www.islam.gov.my atau klik di pautan https://bit.ly/PanduanHariRayaPKPB
"Saya dan seluruh warga JAKIM turut mendoakan agar semua umat Islam dapat mengamalkan normal baharu dalam menyambut hari raya dan semoga negara kita kembali pulih daripada wabak COVID-19.
Sumber Facebook kpjakim
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Aidilfitri di rumah
#Facebook
#Hair Raya Aidilfitri
#Islam
#JAKIM
#koronavirus
#Malaysia
#normal baharu
#Paimuzi Yahya
#panduan sambutan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan