awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di empat negeri, Wilayah Persekutuan hingga 7 malam
Penulis antarabangsa boikot festival sastera Australia selepas aktivis Palestin Randa Abdel-Fattah digugurkan
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakoa nafi tiada peruntukan Orang Asli dalam Bajet 2019

Bernama
Bernama
05/01/2019
13:56 MYT
Jakoa nafi tiada peruntukan Orang Asli dalam Bajet 2019
AJIS: Kerajaan PH akan memberi fokus utama terhadap pembinaan dan naik taraf jalan perhubungan yang akan memberi kemudahan terhadap masyarakat Orang Asli.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menafikan dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menyediakan peruntukan bagi masyarakat Orang Asli dalam pengumuman Bajet 2019.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ajis Sitin, dalam kenyataan pada Sabtu, menjelaskan bahawa dalam pembentangan Bajet 2019, kerajaan PH memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi tujuan pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.
"Kerajaan PH akan memberi fokus utama terhadap pembinaan dan naik taraf jalan perhubungan yang akan memberi kemudahan terhadap masyarakat Orang Asli dalam urusan harian mereka.
"Secara tidak langsung, jalan perhubungan ini akan meningkatkan pembangunan sosioekonomimasyarakat Orang Asli terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi laman Facebooknya, bahawa kerajaan PH tidak menyediakan peruntukan untuk masyarakat Orang Asli dalam Bajet 2019.
Ajis berkata JAKOA sedang membuat perancangan secara teliti supaya segala usaha yang dirangka berjaya direalisasikan dengan jumlah peruntukan yang disediakan itu.
"JAKOA yang kini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri mengambil langkah proaktif dan akan berbincang dengan semua pihak bagi memastikan keperluan masyarakat Orang Asli dipenuhi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ajis Sitin
#Bajet 2019
#kebajikan
#kerajaan
#Orang Asli
#Pakatan Harapan
#pembangunan
#peruntukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan