Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Jalil Rasheed bukan graduan LSE

Jalil Rasheed bukan graduan LSE
Pada 13 Jun 2020, Jalil telah menyerahkan surat peletakan kedua-dua jawatannya atas sebab peribadi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pihak London School of Economics and Political Science (LSE) mengesahkan bahawa bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (PGCE) Permodalan Nasional Bhd Jalil Rasheed yang memegang ijazah daripada University of London bukan graduannya.

"Berhubung latar belakang akademik Jalil Rasheed, penjelasan rasmi daripada pihak LSE mengesahkan bahawa seorang graduan yang memegang ijazah daripada University of London bukan merupakan seorang graduan daripada LSE."
Ini dinyatakan dalam jawapan bertulis kepada soalan daripada Ong Kian Ming (PH-Bangi) yang meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan mengenai peletakan jawatan bekas PGCE PNB.

Maklumat yang diterima oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bahawa latar belakang akademik dan pekerjaan yang dikemukakan oleh Jalil melalui PNB kepada badan tersebut tidak konsisten, pihak SC telah membuat inkuiri tentang perkara itu.
"Lanjutan daripada itu, SC telah mengadakan satu pertemuan dan perbincangan dengan Jalil pada 11 Jun 2020 untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau."

Pada 13 Jun 2020, Jalil telah menyerahkan surat peletakan kedua-dua jawatannya atas sebab peribadi.

"Peletakan jawatan ini telah diterima oleh Lembaga Pengarah PNB pada Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah pada Isnin 15 Jun 2020."

-- BERNAMA


Tag: Muhyiddin Yassin, PNB, Perdana Menteri, jalil rasheed, LSE, London School of Economics and Political Science



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.