awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalur Gemilang terbalik: KPM akan siasat, ambil tindakan terhadap pembekal

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
22/08/2019
02:26 MYT
Jalur Gemilang terbalik: KPM akan siasat, ambil tindakan terhadap pembekal
Maszlee melalui ciapan di Twitter miliknya memaklumkan KPM akan menyiasat insiden bendera Jalur Gemilang terbalik yang dibekalkan ke sekolah. -Twitter @maszlee
Belum pun reda isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang baru-baru ini, timbul satu lagi isu sama apabila sebuah sekolah menerima bekalan Jalur Gemilang secara terbalik.
Insiden itu tular di laman sosial Twitter apabila pemilik akaun yang dikenali sebagai @khayrulfarid memuat naik gambar bendera terbabit yang mencetuskan kemarahan orang ramai.
Menteri Pendidikan Maszlee Malik menerusi akaun Twitternya pada Rabu menegaskan bahawa kementeriannya akan menyiasat dan segera mengambil tindakan berhubung isu tersebut.
“Pihak KPM akan segera menyiasat perkara ini,” katanya.
Pihak KPM akan segera menyiasat perkara ini. https://t.co/STJ1OdZWRo
— Maszlee Malik (@maszlee) August 21, 2019
Maszlee berkata demikian bagi memetik kenyataan pengguna Twitter itu yang mendapat maklumat pihak sekolah menerima bendera berkenaan daripada pembekal.
Seorang pengguna Twitter @khairuahmad berkata dia mahu kementerian bukan sekadar menyiasat tetapi mengambil tindakan sewajarnya.
“Jangan siasat saja YB. Ambil tindakan terhadap pembekal dan pengilang bendera sebegini. Tarik semula lesen SSM mereka. Mereka tidak ada rasa hormat terhadap Malaysia,” tulisnya.
Sementara itu, @En_De4n pula berkata tindakan adalah perlu bagi memberi peringatan dan amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Wajib ambil tindakan kepada pembekal sebagai peringatan dan amaran kepada yang lain bahawa ini bukan perkara yg boleh di pandang remeh,” tulisnya.
Sebelum ini, terdapat satu insiden berasingan di mana pemasangan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang.
Kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, perkara itu adalah perbuatan yang tidak disengajakan.
Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung isu terbabit dan mendapati pemasangan Jalur Gemilang itu bukan niat bertujuan untuk mengaibkan atau merupakan satu manifestasi membantah di luar sekolah berkenaan.
Topic Berkaitan
#bendera
#Jalur Gemilang
#Ketua Polis Negara
#laman sosial
#Malaysia
#Maszlee Malik
#Pahang
#pendidikan
#sekolah
#siasatan
#terbalik
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan