awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal hanya 'perang mulut' - KPN Khalid

Bernama
Bernama
21/10/2016
06:59 MYT
Jamal hanya 'perang mulut' - KPN Khalid
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sekiranya penganjur Bersih 5.0 dan NGO ingin mengadakan perhimpunan pada bulan depan, mereka perlu memohon kebenaran berhimpun terlebih dahulu. - Gambar fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tindakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia Datuk Jamal Md Yunos yang mengisytiharkan perang terhadap Bersih 5.0 sebagai 'perang mulut'.
"Setakat kenyataan melancarkan perang, pada saya ia hanyalah 'war of words', jadi terpulang pada anda untuk menerimanya.
"Tetapi kalau ada laporan, kita akan melihat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Program Diploma Eksekutif Sains Siasatan Sesi 2015/2016 di Maktab PDRM di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Khalid berkata sekiranya kedua-dua pihak iaitu penganjur Bersih 5.0 dan NGO diterajui Jamal ingin mengadakan perhimpunan pada bulan depan, mereka perlu memohon kebenaran berhimpun terlebih dahulu.
"Mereka harus memohon permit berhimpun dahulu. Jika tidak mereka akan diambil tindakkan dan polis tidak akan memilih mana-mana pihak dalam mengambil tindakan," katanya.
Jamal yang ditahan pada Rabu lepas, dibebaskan dari Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan jaminan polis petang semalam.
Sebaik dibebaskan Jamal berkata gerakan Baju Merah akan mengadakan perhimpunan besar-besaran menentang Bersih 5.0 yang dijangka diadakan pada November di Dataran Merdeka.
Pada majlis itu, seramai 45 pegawai kanan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang terdiri daripada 34 lelaki dan 11 wanita berjaya menamatkan kursus mereka selama tiga semester yang bermula Mac tahun lepas. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersih 5.0
#Datuk Jamal Md Yunos
#perang mulut
#Tan Sri Khalid Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan