awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan BAS.My menggalakkan, kerajaan peruntuk lebih RM200 juta setahun - Loke
Kerajaan kaji penambahbaikan model pemilihan bakal jemaah haji
Hampir 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari pusat penipuan dalam talian di Kemboja pulang ke tanah air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal Md Yunos ditangkap pihak berkuasa Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2018
12:24 MYT
Jamal Md Yunos ditangkap pihak berkuasa Indonesia
Kata Muhyiddin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang ke Malaysia. - Gambar fail
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang ke Malaysia.
"Saya Ingin mengucap terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) atas bantuan mereka," katanya dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
Bekas calon ketua pemuda UMNO itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.
BACA: Polis yakin dapat tangkap Jamal
BACA: Jamal Yunos hilang
Dia melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.
Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.
Dia juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.
Mahkamah Majistret Shah Alam kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jamal Md Yunus
#Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#PDRM
#POLRI
#Sungai Besar
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan