awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal Yunos direman dua hari

Bernama
Bernama
19/10/2016
11:31 MYT
Jamal Yunos direman dua hari
Jamal ditahan di KLIA kira-kira 8.30 pagi tadi sejurus tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi di sini.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pagi tadi, ditahan reman dua hari sehingga esok.
Penasihat Undang-undang Gerakan Merah V2 Mohd Imran Tamrin berkata Jamal, yang juga pengerusi gerakan itu, disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Beliau (Jamal) ditahan berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata pihaknya akur dengan penahanan Jamal kerana menghormati undang-undang negara.
"Ini menunjukkan beliau (Jamal) berani berdepan undang-undang dan kami hormati kerja polis," katanya.
Armand Azha berkata pihaknya akan berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi menunjukkan soladiriti terhadap penahanan Jamal.
BACA: Pemimpin kumpulan Baju Merah, Jamal Yunos ditahan di KLIA
Selain itu, Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi turut hadir ke IPD Dang Wangi bagi menyatakan sokongan terhadap Jamal.
"Saya hadir bagi memberikan sokongan moral kepadanya dan saya yakin kita mempunyai sistem perundangan yang adil," katanya.
Jamal ditahan di KLIA kira-kira 8.30 pagi tadi sejurus tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi di sini.
Jamal, yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, tiba di IPD Dang Wangi kira-kira 10.30 pagi untuk disoal siasat dengan ditemani peguamnya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan pemahanan Jamal namun enggan mengulas lanjut. - Bernama
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Baju Merah
#ditahan reman
#Jamal Yunos
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan