Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa beliau bersama pengikut kumpulan Baju Merah sengaja melakukan provokasi semata-mata untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 5.0, dua tahun lepas.
Jamal, 48, yang ketika itu Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia, berkata provokasi itu dilakukan selepas beliau memperoleh maklumat daripada media sosial pihak Bersih berkemungkinan akan mengepung Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan beberapa tempat strategik di negara ini semasa perhimpunan pada 19 Nov 2016.
"Apa saya dan kumpulan saya lakukan suatu provokasi untuk menggagalkan perhimpunan itu dan saya juga telah mengeluarkan kenyataan pada satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berhubung perhimpunan Bersih 5.0," katanya ketika pemeriksaan balas peguam N. Surendran, yang mewakili bekas pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, dalam saman difailkan Maria terhadapnya atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daish.
Disoal Surendran, sama ada Jamal mempunyai bukti kukuh semasa mengeluarkan kenyataan di PWTC pada 28 Sept 2016 yang mengaitkan perhimpunan berkenaan dengan kumpulan pengganas Daesh, Jamal berkata: "Kenyataan itu dikeluarkan hanya berdasarkan andaian saya sahaja".
Jamal, yang merupakan defendan dalam kes saman itu berkata andaian tersebut dibuat berdasarkan kelakuan peserta Bersih yang ganas dan melampau semasa perhimpunan Bersih 3.0 kerana mereka merosakkan kereta peronda polis selain turut mencederakan beberapa anggota polis yang bertugas pada perhimpunan tersebut.
"Kenyataan Bersih terlibat dengan keganasan bukan sahaja dibuat oleh saya seorang, bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah membuat kenyataan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih adalah satu tanda pembangkang akan menggunakan apa saja untuk merebut kuasa," katanya.
Ketika ditanya Surendran adakah dia membawa dokumen bagi membuktikan kenyataannya berhubung Bersih itu, Jamal bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang dokumen dan perkara itu turut ditegur Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab yang mendengar perbicaraan tersebut.
"Ini mahkamah...hanya boleh bercakap jika ada bukti...ini bukan kedai kopi yang kita boleh sembang-sembang," kata hakim itu.
Menjawab soalan Surendran mengenai kenyataan provokasi dalam akaun Facebooknya iaitu akan berlaku tragedi 13 Mei dan parang terbang, Jamal berkata akaun Facebook itu adalah palsu dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara terebut.
Sementara itu, Jamal yang diwakili peguam Mohamed Nasser Yusof menerusi penyataan saksinya berkata beliau tidak mempunyai niat untuk memburukkan sesiapa termasuk plaintif (Maria) semasa membuat kenyataan tersebut.
"Niat saya supaya pihak berkuasa berjaga-jaga dengan kehadiran ramai peserta Bersih yang boleh menyebabkan kekacauan dan keganasan serta gangguan ketenteraman awam. Rekod terdahulu turut menunjukkan berlakunya kerosakan ke atas harta benda awam dan kerosakan harta benda polis," jelasnya.
Perbicaraan kes saman itu selesai selepas Jamal yang merupakan saksi terakhir memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada Oktober tahun lepas.
Hakim Mohd Zaki menetapkan 13 Ogos untuk pengurusan kes selepas peguam yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan tiada lagi saksi akan dipanggil dan memohon supaya kes itu ditutup.
Pada 7 Okt 2016, Maria, 62, menyaman Jamal selaku defendan selepas mendakwa pada 28 Sept 2016, Jamal mengeluarkan kata-kata fitnah pada satu sidang media di perkarangan PWTC dan telah diterbitkan serta disiarkan di beberapa portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Maria turut mendakwa pada 4 Okt 2016, Jamal sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan diterbitkan pada 5 Okt tahun sama di portal berita, media cetak nasional dan media elektronik.
Maria mendakwa kenyataan-kenyataan tersebut antara lainnya memberi gambaran bahawa beliau seorang yang ganas, tidak mematuhi undang-undang dan merupakan seorang ejen Daish.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 23 2018
Jamal menerusi penyataan saksinya berkata beliau tidak mempunyai niat untuk memburukkan sesiapa termasuk Maria Chin semasa membuat kenyataan di PWTC tersebut. - Gambar fail
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Polis panggil ahli keluarga 'baju merah' hubungi Caprice
Tindakan memanggil seorang ahli keluarga berkenaan adalah bagi merekodkan percakapannya dengan influencer itu.
Bom dilempar depan kediaman PM Thailand
Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian yang berlaku sekitar 8 malam Ahad.
'Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli
Kata motivasi dan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' menjadi pegangan Fenny Anak Nuli sepanjang bertugas.
Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0
Jamal berkata provokasi itu dilakukan selepas beliau memperoleh maklumat daripada media sosial, pihak Bersih mungkin akan mengepung KLIA dan beberapa tempat strategik semasa perhimpunan 19 Nov 2016.
'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri
Rafizi menersi laman Twitternya meminta supaya Jamall berani berdepan dengan cabaran politik semasa dan memberi kerjasama kepada polis
Polis Thai rampas senjata, peluru dirancang diguna jika kuil Dhammakaya diserbu
Polis Thailand menahan sembilan orang dalam beberepa serbuan di seluruh negara susulan rampasan sejumlah besar senjata api dan peluru.
'Bersih 7' dilancar, gariskan 7 tuntutan terhadap kerajaan negeri Selangor
Program berkenaan akan diadakan selama empat bulan dengan acara kemuncaknya pada 1 April tahun depan.
'Bersih 7': Jamal, tolong jangan keruhkan lagi suasana - Nur Jazlan
Jamal turut dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan provokasi.
Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS
Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana menyertai Perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.
Jamal Yunos dibebaskan, akan lancar 'Bersih 7' untuk selamatkan Selangor
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, ia akan dilancarkan pada petang esok di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.