Pihak yang menyalahgunakan Lesen Import (AP) tidak seharusnya diberi peluang kedua dan lesen mereka perlu ditarik balik sebagai amaran kepada orang lain.
Penganalisis jenayah, Datuk Seri Akhbar Satar berkata Malaysia boleh menyelamatkan berbilion ringgit dengan menguatkuasakan undang-undang yang ketat selain permit tidak diberikan kepada orang yang sama pada masa akan datang supaya tidak ada pihak berani melakukan jenayah itu.
"Tarik balik (AP), letak 'noktah' dan jangan bagi balik. AP ini selalunya dijual, kita patut beri kepada usahawan yang benar-benar nak lakukan tugas dan tidak melakukan kesalahan dari segi undang-undang.
"Kita kena tegas mengenai cukai sebab orang yang import kereta, mereka kaya, ada AP... dah lah free. Kemudian untung lagi banyak, lagi nak tipu. Ini perkara tidak bagus dan sepatutnya bagi syarikat yang menyeleweng, MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) patut tarik balik AP tu," katanya kepada Bernama.
Beliau turut mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menambah bajet untuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi membolehkan jabatan itu mempunyai teknologi yang canggih.
"Kadangkala sindiket ni ada alat yang lebih canggih daripada kita. Juga pastikan tempat kerja Kastam dari segi tempat operasi itu supaya lebih sesuai (kerana) itu boleh beri perangsang dan menyebabkan mereka bertugas dengan lebih baik," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata Kastam perlu melakukan semakan semula dengan terperinci dokumen tertentu bagi memastikan ia sah.
"Maknanya dia (penguat kuasa) kena gabung dengan sistem supaya tidak diambil kesempatan oleh sindiket yang biasa dan pandai berkaitan isu AP, isu cukai dan berbagai lagi.
"Mungkin kena ada semakan semula, contohnya macam IC (kad pengenalan), IC memang boleh buat tetapi apabila disemak secara dalam talian bukan nama sebenar dan macam-macam lagi," katanya.
JKDM dilaporkan berjaya menumpaskan cubaan menyeleweng dokumen pengimportan 21 kereta mewah bernilai RM12.2 juta dalam dua serbuan berasingan di Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lepas.
Timbalan Ketua Pengarah JKDM Datuk Azimah Abd Hamid berkata rampasan terbesar di Lembah Klang untuk tahun ini itu melibatkan enam Lamborghini Huracan, Toyota Velfire (tujuh); Toyota Estima (empat); Mercedes Benz (dua); dan masing-masing sebuah BMW dan Toyota Alphard.
Beliau berkata kesemua kenderaan itu didapati mengikrar tarikh pengilangan tidak benar sedangkan mengikut lesen ditetapkan, MITI mensyaratkan pengimportan kereta terpakai hanya dibenarkan bagi kereta berusia satu hingga lima tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019
Akhbar turut mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menambah bajet Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi membolehkan ia mempunyai teknologi yang canggih. - Gambar fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
PRN: Pemimpin politik perlu bersikap 'gentleman', tidak rasuah pengundi - Akhbar Satar
Pemimpin politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi diingatkan agar tidak menggunakan duit demi mendapatkan undi rakyat.
Belanjawan 2023: Pembatalan rundingan terus, jimat kos, lebih telus - Akhbar Satar
Inisiatif membatalkan kaedah rundingan terus bagi projek mega dalam Belanjawan 2023 mampu menjimatkan kos dan mengelakkan pemberian komisen kepada 'orang tengah'.
Indeks CPI: Skor negara menurun dipengaruhi pelbagai faktor penilaian - Akhbar Satar
Indikator dalam menentukan indeks persepsi rasuah bukan sahaja dipengaruhi oleh jumlah kes rasuah yang berlaku di dalam negara, namun ia membabitkan beberapa faktor termasuk sosio-ekonomi dan politik.
Apabila sedekah menjadi rasuah
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan.
Sistem dalam negara perlu dipegang pemimpin berintegriti - Akhbar Satar
Ciri-ciri tersebut amat penting bagi memastikan penguatkuasaan sesuatu akta itu dapat dilaksanakan dengan telus.
PRU15: 'Ada udang di sebalik batu' apabila ahli politik enggan isytihar harta - Akhbar Satar
Ahli politik tidak perlu takut untuk dedahkan kekayaan jika ia datang dari sumber yang tidak melanggar undang-undang.
Rasuah: Hukuman pesalah golongan elit perlu lebih berat - Akhbar Satar
Golongan elit mempunyai wang yang cukup untuk mengupah peguam-peguam yang handal bagi membela mereka dalam penghakiman dan secara tidak langsung membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut.
PDRM terus perkasa integriti
Integriti sukar diajar. Ia terpahat dalam jiwa sama ada dimiliki seseorang atau tidak. Ada berpendapat doktrin agama juga tidak berupaya mengubah perasuah.
Revolusi senyap berlaku sejak banjir
Perkara ini berlaku kerana usaha-usaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat lebih mudah diselesaikan dengan gerak kerja masyarakat tanpa melibat kerenah birokrasi.
Malaysia harus sertai OGP pertingkat hubungan kerjasama NGO, Kerajaan
Saranan itu dilihat dapat mengukuhkan peranan sivil, organisasi masyarakat, sekaligus menggalakkan komitmen yang lebih erat dengan Kerajaan.