awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan beri tekanan kepada polis, unit forensik - Dr Subramaniam

Bernama
Bernama
20/02/2017
07:25 MYT
Jangan beri tekanan kepada polis, unit forensik - Dr Subramaniam
Dr Subramaniam berkata setakat ini pihaknya belum menerima status terbaru mengenai proses forensik terhadap mayat Kim Jong-nam. - Gambar fail
Pihak polis dan unit forensik tidak harus diberi tekanan ketika mereka melaksanakan tugas menyiasat kes pembunuhan Kim Jong-nam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Kedua-dua pihak itu, katanya perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas masing-masing kerana mereka tahu tanggungjawab yang digalas.
"Mereka tidak boleh ditentukan sama ada oleh kerajaan atau akhbar untuk melakukan kerja lebih cepat daripada apa yang mereka perlu lakukan. Ini tugas mereka untuk melakukannya.
"Akhirnya polis yang bertanggungjawab. Mereka perlu pastikan mereka mempunyai jawapan dan yakin dengannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas mengenai perkembangan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lepas.
Dr Subramaniam berkata setakat ini pihaknya belum menerima status terbaru mengenai proses forensik terhadap mayat Kim Jong-nam.
Terdahulu, menteri itu melancarkan 'Cancerfly Employment Portal' dan CanBazaar Hospital Kuala Lumpur (HKL) 2017 yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Radioterapi dan Onkologi HKL hari ini.
Portal www.cancerfly.com menjadi portal pekerjaan pertama khusus untuk membantu pesakit kanser memperoleh pekerjaan dengan mempamerkan produk atau perkhidmatan mereka kepada orang ramai.
Pengasas portal, Dr M. Sri Ganesh berkata melalui portal itu, pesakit kanser boleh menjana pendapatan dengan mengiklankan produk mereka selain peluang mendapat kerja yang boleh dilakukan secara sambilan dari rumah.
"Kami turut memohon majikan-majikan dari sektor awam dan swasta untuk tampil dan menawarkan jawatan kosong kepada pesakit kanser kerana kami mendapati bahawa ramai pesakit yang telah berjaya dirawat mampu bekerja semula," katanya.
Turut hadir Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Dr Subramaniam
#forensik
#kes bunuh
#kim jong nam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan