awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
13 maut, lebih 100 hilang selepas feri tenggelam di selatan Filipina
Jay Vine juara Tour Down Under walaupun terlibat kemalangan akibat kanggaru
Pekerja am maut langgar lori parkir tepi jalan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan biar kesederhanaan negara dirampas ekstremis kaum, agama- Sultan Nazrin

Aida Aziz
Aida Aziz
20/08/2019
05:21 MYT
Jangan biar kesederhanaan negara dirampas ekstremis kaum, agama- Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah ketika menyempurnakan istiadat Konvokesyen ke-48 Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada Selasa. - Foto Bernama
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan supaya masa hadapan rakyat dan negara ini tidak harus diserahkan kepada kumpulan yang membawa fahaman ekstremis kaum dan agama.
Baginda bertitah, barisan yang diamanahkan tanggungjawab memimpin sebuah negara merdeka 62 tahun lalu, menyedari pentingnya memastikan rakyat berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama ini, hidup secara rukun serta harmoni.
“Setelah 62 tahun mencapai kemerdekaan, suara perpaduan yang menyatukan warga, dan suara kesederhanaan yang merangkum warga, jangan sama sekali dibenarkan untuk dirampas oleh mana-mana pihak kerana tujuan politik sempit jangka pendek.
“Masa hadapan rakyat dan negara, tidak harus diserahkan kepada kumpulan yang membawa fahaman ekstremis kaum, ekstremis agama. Anak muda hendaklah memahami dan menghayati pentingnya faktor perpaduan, dan pentingnya setiap kaum menghargai dan menghormati kehadiran masing-masing, dan pentingnya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menggores perasaan, menidakkan hak sesuatu kaum atau melanggar perkara-perkara asas yang telah dipersetujui semasa penggubalan perlembagaan merdeka,” titah baginda ketika menyempurnakan istiadat Konvokesyen ke-48 Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada Selasa.
Hadir sama mengiringi, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohammad Naim Yaakub.
Konvokesyen ke-48 ini menganugerahkan ijazah, diploma dan sijil kepada 2,270 orang graduan.
Dalam pada itu, baginda bertitah, para graduan kini akan melalui fasa hidup yang baharu dan perlu memikirkan secara serius sekurang-kurangnya tiga tanggungjawab utama iaitu politik, kepimpinan dan kenegaraan.
Titahnya,berpandukan dinamik yang sedang berlaku ketika ini, golongan belia akan berperanan lebih signifikan mencorak lanskap politik negara.
Sultan Nazrin bertitah, mengambil contoh tanggungjawab politik, memilih kerajaan adalah perkara serius kerana nasib rakyat dan negara bergantung pada mereka yang diberikan kuasa untuk membentuk kerajaan.
Baginda bertitah, anak muda perlu dibimbing untuk memiliki nilai-nilai moral berpaksikan undang-undang, memiliki kematangan menilai antara yang makruf dengan yang mungkar serta arif membezakan antara fakta dengan fitnah.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#konvokesyen
#MalaysiaKU
#Merdeka
#MerdekaKu
#perpaduan
#Politeknik Ungku Omar
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Sultan Perak
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan