awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Satu daripada tiga kematian akibat kecederaan, keganasan di Eropah dikaitkan dengan alkohol
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan bimbang, LHDN tidak akan serbu rumah - Guan Eng

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
01/02/2019
13:39 MYT
Jangan bimbang, LHDN tidak akan serbu rumah - Guan Eng
Guan Eng berkata, bagi pembayar cukai yang sudah melunaskan bayaran cukai mereka boleh mengabaikan surat yang diterima daripada LHDN. - Gambar fail
Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan membuat serbuan ke rumah pembayar cukai sebaliknya menghantar surat peringatan sebelum tindakan sewajarnya diambil.
Kata Guan Eng, pihaknya mengakui nada surat yang dikeluarkan pihak LHDN bagi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) agak 'keras' namun ia bukanlah bertujuan untuk menakutkan pembayar cukai sebaliknya hanya memberi peringatan kepada golongan yang gagal menunaikan tanggungjawab membayar cukai.
Malah, pihaknya memaklumkan, LHDN akan menghantar semula surat dan emel kepada pembayar cukai yang berdaftar dengan program PKPS dengan nada yang lebih bersesuaian.
Katanya, bagi pembayar cukai yang sudah melunaskan bayaran cukai mereka boleh mengabaikan surat yang diterima daripada LHDN.
"LHDN agak keras dalam surat mereka, namun itu bukan untuk mengambil tindakan sebaliknya untuk memberi peringatan terhadap mereka yang tidak membayar cukai ataupun yang tidak mengisytiharkan pendapatan supaya mereka berbuat demikian, itu sahaja.
"Tetapi mereka hantar kepada semua, itu jadi masalah. Seharusnya mereka hantar kepada yang tidak bayar sahaja. Pembetulan akan dibuat, saya dah minta LHDN buat semula surat.
"Jangan bimbang, surat akan dihantar semula tetapi yang tidak bayar cukai, tolonglah bayar cukai. Kalau tidak, tindakan mungkin akan diambil. Yang dah bayar, tidak ada masalah," katanya pada sidang media di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di George Town pada Jumaat.
Guan Eng berkata sejumlah 8.3 juta surat dan e-mel telah dikeluarkan kepada pembayar cukai sejak LHDN memulakan program PKPS pada 3 November tahun lepas.
Program itu menawarkan kadar penalti serendah 10 peratus sehingga 31 Mac dan 15 peratus bagi mereka yang mengambil program antara 31 Mac dan 30 Jun.
Dalam pada itu, pembayar cukai yang mempunyai masalah atau mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh menghubungi pejabat LHDN terdekat ditalian 1-800-88-5436 atau 603-7713 666 atau email ke [email protected].
Tambah Guan Eng, mereka yang mempunyai aduan berhubung LHDN juga boleh menghubungi pegawai di Kementerian Kewangan iaitu Datuk Ooi Kok Seng di talian 012-4868838 dan Muhammad Sadiq Noor Azlan di talian 011-12170764 untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#PKPS
#Program Khas Pengakuan Sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan