Bayi luar nikah tidak seharusnya dibuang sebaliknya boleh diselamatkan dan diberi perlindungan kepada keluarga angkat yang amat memerlukan bayi berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata sudah sampai masanya isu itu ditangani dan diuruskan dengan lebik baik, daripada membuang bayi tidak berdosa itu sehingga ada yang membawa kepada kematian.
Beliau seterusnya menggesa golongan remaja perempuan dan wanita yang hamil luar nikah, supaya tidak membuang bayi yang dilahirkan, mereka diminta menyerahkannya kepada pihak berkuasa atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bayi itu dapat diselamatkan untuk dijadikan anak angkat pasangan memerlukan.
"Fokus utama kami sekarang ialah untuk menyelamatkan nyawa bayi yang dilahirkan, kerana mereka tidak bersalah dan nyawa mereka sangat berharga.
"Golongan remaja perempuan yang melahirkan anak luar nikah ini boleh mendapatkan bantuan dengan menelefon Talian Kasih 15999, dan JKM akan ke lokasi di mana mereka berada untuk melihat apa yang boleh dibantu," katanya semasa berucap merasmikan kempen mencegah pembuangan bayi #SaveALife di sini hari ini.
Justeru, Dr Wan Azizah berkata kerajaan memerlukan sokongan serta kerjasama semua pihak, dan tidak bekerja secara bersendirian dalam menangani isu yang meruncing itu.
Tegasnya usaha memupuk kesedaran masyarakat sedang giat dilakukan bersama badan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia yang dikenali sebagai 'Kasih Malaysia', dan pihak berkuasa melalui #SaveALife dalam mengurangkan kes pembuangan bayi di negara Ini.
"Program ini (Save A Life) bukan bermakna kita (kerajaan) galakkan orang buat seks luar nikah. Tapi kita ingin beri perlindungan khasnya kepada bayi dan juga wanita hamil luar nikah. Kita perlu fokus kepada keselamatan, kesihatan dan kebajikan kedua-dua bayi serta ibunya. Ini kerana institusi kekeluargaan adalah sangat penting," katanya.
Menurutnya kementerian juga mempunyai kaunselor yang bertauliah dalam mengendalikan kes-kes seumpama itu yang sentiasa bersedia untuk membantu memberi pelindungan kepada wanita dan bayi mereka.
"Saya yakin kempen #SaveALife ini akan mencapai objektif untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai isu risiko kehamilan luar nikah dan komplikasinya, kesihatan seksual reproduktif dan pembuangan bayi.
"Mudah-mudahan lebih banyak nyawa bayi yang tidak berdosa di luar sana, dapat diselamatkan pada masa hadapan," katanya.
Pada majlis itu, Dr Wan Azizah turut merasmikan bas kementerian sebagai simbolik pelancaran, yang antara lain berfungsi memberi maklumat kepada orang ramai dalam Kempen Mencegah Pembuangan Bayi #savealife, tersebut.
Sementara itu, pada sidang akhbar di lokasi yang sama, timbalannya, Hannah Yeoh berkata sepanjang tahun lepas, Talian Kasih menerima 15,000 panggilan daripada wanita yang mengharapkan bantuan akibat mengandung luar nikah.
"Kita harapkan orang ramai akan menghubungi talian itu sebagai talian utama sebagai sumber rujukan. Janganlah buang bayi anda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 03 2019
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap sempena Kempen Mencegah Pembuangan Bayi pada Program Save A Life ( #SAVEALIFE ) di Sunway Pyramid Petaling Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Jangan buang bayi, ada keluarga yang perlukan mereka - Wan Azizah
Bayi luar nikah tidak seharusnya dibuang sebaliknya boleh diselamatkan dan diberi perlindungan kepada keluarga angkat yang amat memerlukan bayi berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri.
'Rumah Kita' selamatkan 52 wanita, 54 bayi sejak penubuhannya
Selepas beroperasi selama dua tahun, 'Rumah Kita', sebuah rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak di Ampang, Selangor berjaya menyelamatkan 54 bayi luar nikah.