awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM dedah sehingga 3,000 kontena e-waste diseludup masuk, siasatan diperhebat
WEF 2026: Kanada bantah keras tarif AS berkaitan isu Greenland
Ops Heart: SPRM periksa, geledah pejabat dan kediaman pengurusan tertinggi IJM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan gembira sangat, pawagam pun boleh ditutup sekiranya tidak patuhi SOP

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
03/07/2020
14:47 MYT
Jangan gembira sangat, pawagam pun boleh ditutup sekiranya tidak patuhi SOP
Saifuddin (tengah) ketika melakukan lawatan kerja ke TGV Cinemas di sebuah kompleks beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur pada Jumaat. Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Meskipun panggung wayang kini dibenarkan kembali beroperasi namun tidak mustahil ia ditutup sekiranya berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau muncul kluster baru di lokasi tersebut.
Justeru, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan rakyat supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan ketika berhibur di pawagam.
Mengambil contoh sebuah pasar malam yang ditutup kerana tidak mematuhi SOP, Saifuddin bagaimanapun berharap perkara sebegitu tidak berlaku di panggung wayang seluruh negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan rakyat supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan ketika berhibur di pawagam.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan rakyat supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan ketika berhibur di pawagam.
"Jadi kita tidak mahu itu (penutupan operasi) berlaku di panggung wayang dan sebagainya.
“Jadi nasihat saya ialah, sambil di satu pihak, panggung wayang menyediakan satu SOP yang ketat dan kita sebagai penonton, harus juga mengikut, mengawal diri, mengikut SOP yang ketat itu.
“Kita tak mahu perkara tidak diingini berlaku,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di TGV Cinemas di sebuah kompleks beli-belah terkemuka di sini pada Jumaat.
Beliau meninjau persediaan pengendali pawagam dalam memastikan mereka mematuhi setiap SOP digariskan kerajaan terutamanya berkaitan penjarakan sosial dan kebersihan.
Turut hadir ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid dan Pengerusi TGV Cinemas, Shaharul Rezza Hassan.
Dalam pada itu, Saifuddin turut menggalakkan rakyat Malaysia membantu pengendali pawagam dengan menonton filem disediakan kerana menurutnya, tiada gunanya kalau panggung wayang dibuka namun tiada penonton yang hadir.
Tambahnya, berdasarkan tinjauan dan laporan diterima, operator pawagam mengikuti syarat ditetapkan kerajaan dari aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan SOP.
Berdasarkan tinjauan dan laporan diterima, operator pawagam mengikuti syarat ditetapkan kerajaan dari aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan SOP.
Berdasarkan tinjauan dan laporan diterima, operator pawagam mengikuti syarat ditetapkan kerajaan dari aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan SOP.
“Yang paling penting sekarang adalah bukan hanya pengendali ikut SOP tapi penonton harus datang. Sebab itu kita datang pada malam ini, kita nak tunjukkan kepada penonton bahawa di satu pihak, ada yang sediakan filem untuk ditayangkan.
“Di satu pihak lain, pengendali pawagam yang bersedia untuk jaga keselamatan anda semua dengan pelbagai kaedah.
“Penjarakan sosial dijaga, tempat disanitasi, kebersihan dipelihara,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#filem
#FINAS
#kerajaan
#keselamatan
#Malaysia
#Media
#menteri
#operasi
#penjarakan sosial
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Saifuddin Abdullah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan