Masih ramai dalam kalangan orang awam yang melakukan tindakan pertama (first aid) menggunakan bahan makanan, seperti meletakkan madu, gamat, ubat gigi, mentega, kicap dan telur bagi merawat kecederaan semasa melecur atau tercedera terkena api atau renjatan elektrik.
Pakar Bedah Plastik dan Koordinator Unit Rawatan Kebakaran (URK) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar berkata, tindakan tersebut adalah salah, kerana bahan berkenaan tidak bermanfaat malah boleh menyebabkan jangkitan kuman.
"Cara rawatan ini perlu dihentikan segera, memandangkan stereotaip dalam kalangan awam menggunakan bahan makanan masih berterusan, sedangkan ada teknik yang mudah yang boleh diikuti, bagi mengelak risiko lebih tinggi.
"Pertolongan pertama mengenai teknik yang betul perlu dilakukan orang awam apabila terdapat kecederaan akibat terkena air panas atau api ialah, menghentikan sumber api, menjauhkan diri daripada api dan mengalirkan air paip ke bahagian anggota badan yang cedera selama 20 minit atau lebih, bagi mengelak kesakitan serta keradangan," katanya kepada Bernama di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian pada program Kempen Kesedaran Kebakaran anjuran HUSM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, yang turut dihadiri Ketua Cawangan Kesedaran Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Kelantan Abd Latif Mat Noor.
Dr Siti Fatimah Noor berkata selepas air dialirkan pada bahagian melecur, masyarakat disyorkan meletakkan plastik pembungkus di bahagian luka atau cedera, sebelum berjumpa doktor.
"Kebakaran teruk biasanya melibatkan kemalangan di rumah, kebakaran kereta, renjatan elektrik dan asid, yang menyebabkan kecederaan parah dan pesakit perlu mendapatkan rawatan intensif lebih tiga atau empat bulan.
"Berdasarkan data bermula Januari hingga Disember 2018, HUSM menerima 59 kes kecederaan parah dan perlu dirawat, iaitu bahagian melecur perlu dicuci selepas pembedahan, manakala 814 kes melibatkan pesakit luar, iaitu mereka mengalami kecederaan tidak parah," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya kini meningkatkan kesedaran, dengan menggunakan kaedah audiovisual dan kaedah digital, bagi menarik perhatian orang ramai supaya melihat video berdurasi satu minit.
"Kami juga mengadakan kempen kesedaran dengan memberi maklumat kebakaran dan teknik rawatan menerusi bentuk e-Flyers, yang dihantar melalui emel kepada pengunjung, selain mengadan kuiz putar roda dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 30 2019
Pertolongan pertama apabila terdapat kecederaan akibat terkena air panas atau api ialah, menghentikan sumber api, menjauhkan diri daripada api dan mengalirkan air paip ke bahagian anggota badan yang cedera. - Gambar hiasan
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Jangan guna bahan makanan jika anggota badan melecur
Tindakan guna bahan makanan bagi merawat kecederaan semasa melecur adalah salah, kerana ia tidak bermanfaat malah boleh menyebabkan jangkitan kuman.