Kompetensi pemandu kereta mahupun pengendali kenderaan berat serta kecuaian dan sikap ketika di jalan raya sering kali dikaitkan sebagai penyebab utama nahas jalan raya yang mengorbankan purata 20 orang setiap hari di negara ini.
Selain itu, sikap gemar memandu laju, jumlah peningkatan kenderaan, kawasan jalan yang beralun dan berlubang, cuaca, keadaan brek dan tayar kenderaan serta trend menggunakan telefon bimbit ketika memandu merupakan antara punca berlaku kemalangan jalan raya.
Fenomena ini sudah cukup menggambarkan antara sebab utama nahas jalan raya adalah faktor manusia dan justeru, pelbagai operasi dan kempen keselamatan dilaksanakan oleh pihak berkuasa ketika musim perayaan adalah untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah di jalan raya.
Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), purata 20 orang maut setiap hari daripada 7,152 kes kemalangan maut dicatatkan sepanjang tahun lepas.
Pada setiap kali menjelang musim perayaan, ada sahaja berita kemalangan maut terpampang di dada akhbar seperti kereta terbabas, penunggang motosikal maut, terhimpit, terhumban dan tercedera.
Ahad lepas, peristiwa yang meragut lapan nyawa dengan enam daripadanya rentung dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan, merupakan tragedi yang sangat meruntun jiwa ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri hujung minggu depan.
Dalam kejadian yang membabitkan tiga kereta Proton Exora, Perodua Myvi dan Toyota Vios serta sebuah treler yang membawa muatan sawit itu, dua insan menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas kedua ibu bapa mereka terkorban dalam nahas itu.
Dalam insiden 2.20 petang itu, mangsa yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki kenderaan Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 52, dan isteri Masnoraida M Yussof, 44.
Turut terkorban empat anak mereka iaitu Wan Muhammad Muhaimmin, 21, Wan Athira, 18, Wan Mohd Ammar Haziq, 13, dan Wan Nur Aiesya, 7.
Dua lagi yang terkorban ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi iaitu Osman Mohamed Taip, 31, dan isterinya, Rosniza Othman, 32, manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor berkata keadaan Jalan Bahau-Keratong yang sempit dan beralun menjadikan kawasan itu tersenarai sebagai lokasi 'panas' yang kerap berlaku kemalangan.
Menurutnya, kejadian malang itu berlaku di jalan lurus, namun agak berbahaya jika berselisih dengan kenderaan berat seperti lori atau treler yang boleh memaksa sesebuah kenderaan itu mengelak sedikit ke bahu jalan.
Jalan Bahau-Keratong sepanjang kira-kira 80km itu, yang menghubungkan Negeri Sembilan, Pahang dan Johor turut menjadi laluan pilihan kenderaan berat dan ia merupakan jalan yang gelap ketika malam dan hanya mempunyai lampu jalan di persimpangan-persimpangan jalan sahaja.
Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), sebanyak 82 peratus kemalangan maut sepanjang tahun lepas itu berlaku disebabkan faktor kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.
Berkongsi pendapat sama ialah Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin.
"Kebanyakan kemalangan bukanlah disebabkan keadaan jalan raya itu sendiri. Ia banyak melibatkan sikap dan emosi pemandu dan keadaan kenderaan yang dipandu," katanya kepada Bernama.
Profesor di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Infrastruktur dan Geomatik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu berkata kesan mengantuk, letih, usia adalah antara faktor yang boleh mengurangkan fokus pemanduan dan kurang peka terhadap keadaan sekeliling.
Menurutnya, waktu memandu yang lazimnya kritikal adalah waktu malam iaitu di antara jam 1 pagi hingga jam 4 pagi, memandangkan pada waktu berkenaan tubuh badan manusia berada pada tahap yang inginkan rehat.
Katanya, selain daripada waktu tersebut, waktu memandu yang turut disenaraikan sebagai waktu kritikal ialah pada waktu siang antara pukul 1 tengah hari hingga 3 petang, yang biasanya boleh melalaikan si pemandu.
Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, Mohd Idrus dalam pada itu mencadangkan agar pihak berkuasa meletakkan papan tanda amaran secukupnya, lampu jalan di kawasan selekoh serta tanda amaran bercahaya pada waktu malam.
Selain operasi berskala, penggunaan transverse bar untuk tujuan traffic-calming atau meredakan kelajuan kenderaan juga akan dapat membantu mengurangkan keberangkalian berlakunya kemalangan di lokasi tersebut, katanya.
Justeru, beliau mengingatkan pengguna bahawa jalan raya bukan lokasi untuk menunjukkan kepakaran memandu atau menguji kenderaan tetapi sebagai alat mendekatkan kita kepada keluarga, sahabat dan taulan dan bukan untuk kita meratapi kehilangan orang tersayang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2017
Sikap gemar memandu laju, kawasan jalan yang beralun dan berlubang, cuaca, keadaan brek dan tayar kenderaan serta trend menggunakan telefon bimbit ketika memandu merupakan antara punca berlaku kemalangan jalan raya. - Gambar hiasan
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya
Rumah pusaka hilang seri, Aidilfitri sepi tanpa Khalid Ali
Suasana menjadi sedikit janggal tanpa watak penghibur yang sentiasa menghiasi kemeriahan Aidilfitri keluarga besar mereka.