Tutup

Jangan khuatir, koronavirus akan reda - Pakar

Jangan khuatir, koronavirus akan reda - Pakar
Bagi rakyat yang khuatir dengan perkembangan COVID-19, ini adalah berita baik untuk anda, penyebaran coronavirus akan reda.
KUALA LUMPUR: Bagi mereka yang khuatir dengan perkembangan COVID-19, ini adalah berita baik untuk anda - penyebaran koronavirus akan reda.

Namun, menurut  Ketua Kluster Kesihatan dan Bahaya Baru Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus, corak pengurangan kes itu tidak seperti yang dijangkakan ramai.

Apa yang akan berlaku adalah tiga perkara. Pertamanya, kewujudan imuniti dalam komuniti terutamanya dalam kalangan komuniti asal penularan virus tersebut.

Selain itu, penularan virus akan reda jika usaha pengekangan virus berkesan.
"Dalam kes ini, usaha pengekangan oleh Kerajaan China boleh dianggap sebagai berkesan memandangkan kadar penularan virus tersebut di luar Wuhan dan Hubei adalah terkawal," kata beliau dalam sesi temu bual Consider This pada Jumaat malam.

Perkara ketiga yang akan membantu meredakan penularan virus ini adalah perkembangan dalam penawar dan vaksin yang akan menghalang penyebaran virus ini.
Dr Ahmad Faizal turut berpesan kepada orang ramai supaya tidak panik dan membeli topeng muka secara berlebihan.

"Ini kerana jika stok topeng muka sudah habis, ia akan menjadi halangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti pesakit dan ahli keluarga pesakit serta petugas kesihatan," katanya.

Ikuti wawancara Consider This menerusi video berikut:







Tag: Coronavirus, COVID-19, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus, topeng muka



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.