Jangan kongsi data peribadi pemandu wanita mangsa gangguan seksual - Grab

Jangan kongsi data peribadi pemandu wanita mangsa gangguan seksual - Grab
Menurut Grab, keselamatan pemandu sama pentingnya sebagaimana penumpang dan ancaman kepada keselamatan mereka bukan suatu yang dipandang ringan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Grab Malaysia (Grab) meminta orang ramai supaya tidak berkongsi di media sosial data peribadi pemandu wanita yang mendakwa diganggu secara fizikal oleh seorang penumpang lelaki semalam.

Grab, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan syarikat telah membantu pihak berkuasa dari awal lagi dan akan terus berbuat demikian bagi memastikan hak mangsa dilindungi.

"Bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Grab, kami minta semua orang supaya tidak berkongsi data peribadinya di ruang awam seperti di media sosial atau berkongsi spekulasi dan khabar angin mengenai perkara itu.

"Kami akan memastikan tindakan diambil terhadap pelaku," katanya.

BACA: Pemandu Grab wanita mangsa gangguan seksual lelaki warga asing

BACA: Pemandu Grab dijumpai mati dalam kereta di Kepayan

Semalam, media melaporkan pemandu wanita Grab mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang penumpang lelaki yang bersenjatakan pisau berhampiran Kondominium KOI Prima di Taman Mas, di sini kira-kira pukul 5.30 pagi.

Menurut Grab, bagi syarikat, keselamatan pemandu sama pentingnya sebagaimana penumpang dan ancaman kepada keselamatan mereka bukan suatu yang dipandang ringan.

"Sekiranya sesiapa mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara ini, teruslah berjumpa pihak berkuasa. Pada masa yang sama, kami ingin memberi jaminan bahawa kami akan terus meningkatkan ciri keselamatan untuk seluruh komuniti kami," katanya dalam kenyataan itu. -- Bernama





Tag: Grab Malaysia, pemandu wanita grabcar, pemandu wanita, gangguan seksual



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.