awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PAU 2025: Keluar Kerajaan Perpaduan hanya cetus huru-hara, tindakan ikut emosi - Tok Mat
Pemain badminton Denmark Antonsen tarik diri daripada Terbuka India akibat pencemaran udara
Hong Kong ikrar perkukuh keselamatan bangunan selepas kebakaran maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan lakukan kesalahan undang dosa pada hari raya Aidiladha - Mufti Perlis

Bernama
Bernama
09/08/2019
06:51 MYT
Jangan lakukan kesalahan undang dosa pada hari raya Aidiladha - Mufti Perlis
Asri turut mengingatkan bahawa ibadah korban perlu dilakukan oleh individu dan bukan oleh persatuan dan seumpamanya. - Gambar fail
Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin malam tadi mengingatkan umat Islam agar menjauhi beberapa perbuatan berkaitan ibadah korban yang bukan sahaja tidak membawa pahala bahkan boleh mengundang dosa.
Antaranya jika ada jawatankuasa masjid yang menunjukkan sikap berlumba-lumba untuk bermegah-megah kerana mampu melakukan korban lembu yang banyak tetapi menggunakan wang tabung masjid bagi tujuan itu.
"Sedangkan sumbangan diberikan (oleh jemaah kepada tabung masjid adalah) untuk kegunaan masjid bukan untuk beli lembu korban," katanya ketika berucap di Masjid Alwi di sini malam tadi sempena sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban, Ahad ini.
Asri berkata badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat juga boleh melakukan kesalahan serupa jika NGO dan wakil rakyat masing-masing menyalahgunakan wang persatuan atau wang kerajaan bagi projek pembangunan untuk membeli lembu korban.
Asri turut mengingatkan bahawa ibadah korban perlu dilakukan oleh individu dan bukan oleh persatuan dan seumpamanya.
Kesalahan lain yang berlaku, kata beliau ialah perbuatan mengambil mana-mana bahagian daging korban yang disukai tanpa pengetahuan mereka yang melakukan ibadah korban itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#hari raya
#Hari Raya Korban
#Islam
#Mohd Asri Zainul Abidin
#Mufti Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan