awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan menghukum tanpa fakta kukuh' - 1MDB

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2015
14:06 MYT
'Jangan menghukum tanpa fakta kukuh' - 1MDB
1MDB: \Lembaga mengambil tuduhan berniat jahat dan fitnah secara serius dan mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang.'
Syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggesa awam dan pelbagai pihak untuk bersabar sementara menunggu keputusan semakan bebas oleh Ketua Audit Negara.
"Kami meminta bahawa tidak ada yang menghukum perkara itu tanpa fakta sebelum ulasan didedahkan kepada umum.
"Lembaga mengambil tuduhan berniat jahat dan fitnah secara serius dan mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Lembaga itu juga menegaskan bahawa akaun 1MDB diaudit oleh sebuah firma audit antarabangsa, Deloitte.
BACA: PAC akan mulakan siasatan terhadap 1MDB pada 19 Mei ini BACA: Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada PAC - Lodin BACA: PAC akan mulakan pengauditan sendiri ke atas 1MDB, kata Nur Jazlan
Ia turut berkata buat masa ini, lembaga pengarah dan pengurusan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Ketua Audit Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam proses siasatan dalam syarikat itu.
Sebelum ini, PAC berkata ia akan memulakan prosiding siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 19 Mei ini.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah.
Tambahnya, pada minggu berikutnya, 26 Mei 2015 pula akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB ketika ini, Arul Kanda Kandasamy serta Mantan CEO 1MDB pertama, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi yang berkhidmat daripada tahun Mac 2009 hingga Mac 2013.
Nur Jazlan berkata PAC secara sebulat suara bersetuju untuk memulakan prosiding siasatan terhadap syarikat 1MDB dalam satu perbincangan khas yang diadakan pada 30 April lalu.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda Kandasamy
#Ketua Audit Negara
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan