Siasatan menyeluruh akan dibuat untuk mengenal pasti punca kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung pada pagi Khamis.
Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan punca kebakaran yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua tenaga pengajar itu.
"Banyak proses sebenarnya untuk kita tentukan punca ini. Misalnya, ada bahan kimia kita temui perlu dihantar ke makmal untuk disiasat, dikaji.
"Biasanya, bagi keadaan kebakaran mudah, bomba memerlukan dua atau tiga hari namun jika rumit mungkin sehingga dua atau minggu untuk dikaji kesemuanya.
"Begitu juga kita kena jumpa penghuni-penghuni asrama yang selamat, keterangan mereka amat penting. Bagaimana kebakaran bermula, situasi semasa mereka sedar atau orang sekitar yang nampak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: PM rakam rasa sedih, takziah kepada keluarga mangsa kebakaran tahfiz
BACA: Kebakaran pusat tahfiz disifatkan paling dahsyat - Media antarabangsa
Wan Mohd Nor berkata demikian ketika diminta mengulas misteri penemuan dua tong gas kuning di koridor luar pintu bilik asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Difahamkan, beberapa pelajar tahfiz yang terselamat turut melihat tong gas kuning tersebut yang sebelum ini tidak pernah diletakkan di tingkat tiga bangunan itu.
Dalam pada itu tegasnya, semua siasatan perlu mengambil masa dan sebarang spekulasi tidak membantu dari segi siasatan.
"Spekulasi sebabkan ada pihak membuat andaian tidak betul dan menyukarkan kita untuk menemuramah, mungkin ia boleh ubah kenyataan dan sebagainya.
"Kita minta elakkan (spekulasi) supaya kita dapat buat kajian terperinci. Dan apabila kita dapat semua ini, kita dapat keluarkan satu jawapan konkrit mengenai punca kejadian ini," jelasnya.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, siasatan pihaknya mendapati kebakaran di pusat tahfiz itu bukan berpunca daripada litar pintas sebaliknya disebabkan beberapa unsur lain.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini meminta semua pusat tahfiz di negara ini mematuhi piawaian keselamatan yang ditentukan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi memastikan kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran tidak berulang.
Tegasnya, ciri-ciri keselamatan sebagaimana yang ditentukan oleh PBT dan JBPM wajib diikuti.
Wan Syamsul Amly
Fri Sep 15 2017
WAN MOHD NOR: Biasanya, bagi keadaan kebakaran mudah, bomba memerlukan dua atau tiga hari namun jika rumit mungkin sehingga dua atau minggu untuk dikaji kesemuanya. - Gambar fail
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Tulang kambing terlekat pada jari kanak-kanak
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia lapan tahun sedang menikmati juadah kambing perap.
4 pekerja kilang muntah, hampir pengsan terhidu gas fenol
Bilik gerakan operasi Bomba menerima panggilan berlaku kebocoran di sebuah kilang yang menggunakan bahan kimia tersebut pada jam 9.53 pagi.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut
Seramai 10 mangsa maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas
JBPM Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan lelaki berusia 28 tahun itu pada 7.15 malam.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran
Gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Bomba Johor terima 1,047 panggilan kes kebakaran terbuka sejak 30 Januari
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima 1,047 panggilan kes pembakaran terbuka akibat cuaca panas sejak 30 Jan hingga semalam.