Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta semua pihak agar tidak terikut-ikut dengan spekulasi berkaitan isu pertukaran Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, semua pihak perlu terlebih dahulu menunggu pengesahan sebelum membuat sebarang spekulasi.
"Jangan ikut spekulasi. Apa-apa yang akan berlaku, kita tunggu dahulu. Saya rasa ini bukan tempat untuk saya komen mengenai perkara ini.
"Saya rasa lebih baik bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mendapatkan maklumat," katanya kepada pemberita setelah melepaskan peserta kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 peringkat Ketiga di Stadium Sultan Ibrahim di sini pada Isnin.
Semalam, media melaporkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor, Abdul Hakim Abdul Rahman mengesahkan Osman akan ke Kuala Lumpur hari ini, namun menolak khabar angin bahawa kedudukannya itu akan digantikan.
Abdul Hakim dilaporkan berkata, Osman dijadual menghadiri mesyuarat bersempena pemukiman pemimpin-pemimpin Singapura dan Malaysia yang ke-9, pada Selasa.
Dilaporkan kiriman WhatsApp yang tular menyatakan pada masa yang sama, Osman akan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor akan ditukarkan.
Ketika ditanya adakah benar dakwaan bahawa Osman bertemu Tun Dr Mahathir, Syed Saddiq berkata: "Saya pun pergi jumpa Tun M pagi tadi tapi... tunggu dululah bagi saya itu biasa sebab saya menteri Persekutuan."
Sementara itu, Syed Saddiq berkata, pihaknya masih lagi menunggu perkembangan terkini daripada Kementerian Luar mengenai urusan jenazah pemain golf profesional negara, Arie Irawan Ahmad yang dilaporkan meninggal dunia atas sebab semula jadi di dalam bilik hotel penginapannya, di Hong Kong semalam.
"Saya dimaklumkan bahawa kelurganya sudah ke sana semalam pada pukul 6 petang dan pihak Majlis Sukan Negara bersama dengan saya telah menghubungi Kementerian Luar, kita harap semua urusan akan berjalan dengan lancar," katanya.
Arie Irawan, 28, berada di sana untuk menyertai Kejohanan Sanya, acara kedua dalam Siri jelajah PGA-China 2019. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2019
Syed Saddiq meminta semua pihak menunggu pengesahan terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi. - Gambar fail
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Hannah optimis tiada lagi isu air bertakung di Stadium Nasional
Episod air bertakung di padang sewaktu hujan lebat hampir pasti tidak akan berulang lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Hannah 'di mana-mana' kerana mahu memahami keadaan sebenar
Ada yang berjenaka bahawa 'Hannah Yeoh di mana-mana' kerana beliau dilihat berada di pelbagai lokasi melibatkan sukan dan belia sejak dilantik sebagai menteri pada awal Disember lepas.
Khairy ucap selamat maju jaya kepada Hannah
Jemputan yang dibuat oleh Hannah itu adalah untuk berkongsi pandangannya berkenaan agenda pembangunan belia dan sukan.
Hannah Yeoh salur RM29,000 bantu beli van jenazah
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan RM29,000 bagi membantu pengurusan Masjid Al-Imam Al-Ghazali membeli sebuah van jenazah untuk kegunaan masjid itu.
Hari Sukan Negara 2022 tetap berlangsung seperti biasa - Ahmad Faizal
Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) di seluruh negara tetap berlangsung seperti biasa pada Sabtu ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Piala Asia 2023: Ahmad Faizal mengaku sokongan penyokong suntik semangat skuad Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan hargai sorakan tanpa henti penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya yang menggamatkan suasana di stadium.
Pusat belia dilengkapi stadium mini akan dibina di Kepala Batas
Pusat belia yang dilengkapi stadium mini bertaraf antarabangsa akan dibina di Kepala Batas
Prestasi skuad B-23: Tak wajar tuding jari kepada PPBN, AMD - Ahmad Faizal
Tidak wajar untuk menuding jari kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) atas kegagalan skuad B-23 negara menyerlah dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini.
Ahmad Faizal yakin Todak, Orange Esports mampu juarai MSC 2022
Malaysia mampu menjuarai kejohanan Mobile Legends Bang Bang Southeast Asia Cup (MSC) 2022 yang akan dianjurkan pada 11 hingga 19 Jun ini.
Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31.