Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap orang ramai tidak terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai agensi itu bagi menyelesaikan kes berkaitan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata pihaknya telah menerima banyak maklumat bahawa wujud individu menyamar sebagai pegawai SPRM.

Beliau berkata individu itu dipercayai menggunakan nama pegawai kanan SPRM dan meminta sejumlah wang bagi menyelesaikan kes.

"Individu terbabit mendakwa mereka boleh menyelesaikan kes SPRM yang masih dalam siasatan, perbicaraan mahkamah serta membersihkan nama mereka yang terdapat dalam senarai siasatan", katanya dalam kenyataan hari ini.

Azam turut menasihati supaya orang ramai tidak terpedaya dan meminta mereka menghubungi SPRM bagi mengesahkan perkara terbabit.