Tutup

Jangan tunggu lagi, tambah ilmu teknologi sekarang - Tun Mahathir

Jangan tunggu lagi, tambah ilmu teknologi sekarang - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada perasmian Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) malam ini. - Foto BERNAMA
LANGKAWI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di alam pekerjaan untuk menambah ilmu berkaitan teknologi bagi menghadapi revolusi industri.

Katanya, pendidikan menjadi aspek penting bagi membolehkan teknologi dimanfaatkan sebaiknya kepada keseluruhan masyarakat.

“Pendidikan dan pemahaman bidang teknologi tidak boleh tunggu lagi.

“Ia perlu ditekankan sekarang termasuk mereka yang berada dalam dunia pekerjaan,” katanya ketika berucap merasmikan Projek Demonstrasi 5G (5GDP) di Pusat Konvensyen Antrabangsa Langkawi pada Ahad.
Katanya lagi, menerusi 5GDP, banyak perkara baru akan dipelajari seiring dengan proses pembangunan teknologi komunikasi generasi kelima (5G) yang dijadual bakal dikomersialkan bermula suku ketiga tahun ini.

Pada masa sama, ketika ini lebih 100 projek 5GDP telah dijalankan merangkumi sembilan aspek meliputi bandar pintar, pertanian pintar, bidang pembuatan, penjagaan kesihatan digital, pendidikan, media dan hiburan, serta pelancongan pintar.


Tag: Perdana Menteri, ilmu teknologi, Projek Demonstrasi 5G, teknologi 5G, 5GDP, teknologi komunikasi generasi kelima



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.