Kebarangkalian graf jangkitan COVID-19 meningkat secara drastik di Malaysia boleh terjadi sekiranya masyarakat tidak endahkan tempoh 14 hari perintah kawalan pergerakan seperti diumumkan oleh Perdana Menteri pada Isnin.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata, langkah tersebut disifatkan sebagai tepat kerana disiplin diri dalam kalangan rakyat Malaysia masih agak kurang.
Tambah beliau, perintah itu sebenarnya boleh membantu mengurangkan pergerakan dan seterusnya mengurangkan jumlah orang yang disahkan positif.
"Ini supaya Malaysia, yang sekarang ini melonjak jumlahnya (kes positif) dan dalam waktu yang kritikal ini, agar beri kerjasama untuk untuk jauhkan diri daripada tempat orang awam. Sekiranya kita selamatkan diri kita, kita selamatkan orang lain juga," ujar beliau.
Perintah kawalan pergerakan juga memerlukan premis perniagaan makanan beroperasi secara terhad iaitu pelanggan hanya dibenarkan membeli secara bungkus atau secara penghantaran sahaja namun secara tidak langsung mungkin memberi kesan pendapatan kepada pengusaha.
Namun pengusaha kedai makan, Wan Rahimi Wan Mokhtar, yang sudah berpengalaman 35 tahun, arahan tersebut adalah wajar dan beliau akur demi manfaat kesihatan orang ramai.
Namun Wan Rahimi akan menghentikan operasi mulai esok (Rabu, 18 Mac) dan memberi cuti kepada semua pekerjanya dan akan menggunakan masa tidak beroperasi ini untuk membersihkan kawasan premis perniagaannya.
"Kita ikutlah arahan, patuhlah pada arahan. Dengan keadaan begini, penyakit ini amat berbahaya bagi rakyat Malaysia. Tapi saya rasa memang itu tanggungjawab. Harap bersabarlah dengan pihak berwajib. Jangan kita terlalu nak marah pada sesuatu yang betul. Ini boleh membawa mati," ujarnya.
Dalam tempoh sekatan ini, semua premis kedai makan beroperasi secara terhad dengan pelanggan hanya dibenarkan membungkus atau membuat permintaan penghantaran dan itu pasti memberi sedikit kesukaran kepada pekerja untuk mendapatkan makanan.
Bagi seorang pekerja swasta, Mohammad Azrul Ahmad, walaupun keadaan itu memberi kesukaran kepada pekerja namun ketetapan pihak kerajaan adalah bertujuan membendung wabak yang sangat serius dan semua lapisan masyarakat perlu menerimanya.
Namun baginya, beliau akan mengambil pendekatan penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan bagi mengatasi kesulitan mendapatkan makanan semasa waktu kerja dalam tempoh kecemasan seperti ini.
"Kalau macam tu pada saya mungkin boleh gunakan banyak perkhidmatan penghantaran makanan. Cuma penghantar itu kena jaga kebersihan diri dululah," ujarnya.
Astro Awani
Tue Mar 17 2020
FUZIAH: Langkah tersebut disifatkan sebagai tepat kerana disiplin diri dalam kalangan rakyat Malaysia masih agak kurang. - Gambar fail
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.