Golongan homoseksual dan biseksual kini menjadi kumpulan penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV dan AIDS terutamanya di sekitar ibu negara, kata pakar perubatan kesihatan awam.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (HIV/STI) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Rohaya Ramli berkata walaupun trend jangkitan HIV mencatatkan penurunan, namun terdapat perubahan terhadap pola jangkitan virus itu.
"Kalau dahulu sebanyak 80 peratus jangkitan HIV berpunca daripada penggunaan dadah, tetapi sekarang trend menunjukkan sebanyak 96 peratus jangkitan adalah melalui kaedah aktiviti seksual berdasarkan statistik sehingga Jun tahun ini.
"Sebanyak 65 peratus jangkitan adalah berpunca daripada golongan homoseksual dan biseksual, manakala 31 peratus adalah jangkitan dari hubungan seksual lelaki kepada wanita dan sebaliknya," katanya pada program Nine11 di Bernama News Channel, hari ini.
Beliau berkata secara keseluruhan, jumlah jangkitan HIV yang direkodkan di seluruh negara sejak 1986 sehingga Disember lepas ialah sebanyak 110,000 kes.
Jumlah jangkitan penyakit AIDS pula sebanyak 23,000 kes dengan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 18,000 kes.
"Bagi kes kumulatif di Kuala Lumpur untuk tempoh yang sama, sebanyak 9,700 kes HIV dilaporkan, selain 3,600 kes AIDS dengan 2,300 jumlah kematian direkodkan," katanya.
Dr Rohaya berkata bagi mencapai sasaran kempen sifar jangkitan HIV di Kuala Lumpur menjelang 2020, Kementerian Kesihatan menjalankan program pencegahan dan kawalan yang memberi fokus kepada belia.
"Kita turut memberi tumpuan kepada golongan berisiko terdiri daripada pengguna dadah, pekerja seks wanita, golongan homoseksual dan 'maknyah'.
"Antara langkah yang diambil adalah kita tekankan tentang bahaya HIV kepada golongan remaja supaya mereka dapat mengelak dan menghindari diri dari terlibat dengan hubungan seks sebelum berkahwin," katanya.
Dalam pada itu, Dr Rohaya menyeru golongan yang berisiko dijangkiti virus HIV supaya segera menjalani ujian saringan dan sekiranya disahkan positif HIV, mereka perlu mendapatkan rawatan untuk menghentikan virus itu daripada merebak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2017
Sebanyak 65 peratus jangkitan adalah berpunca daripada golongan homoseksual dan biseksual, manakala 31 peratus adalah jangkitan dari hubungan seksual lelaki kepada wanita dan sebaliknya. - Gambar hiasan
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza
Ibarat -memangsakan- anggota debat. Itu pendirian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung usul yang dipilih untuk peserta debat Piala Tun Razak 2019, pada Isnin lalu.
Tiada permit dikeluarkan anjur perhimpunan - Muhyiddin
Tiada permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia, Sabtu lepas.
Jumlah golongan homoseksual, transgender meningkat setiap tahun - Jakim
Sebanyak 310,000 golongan homoseksual dicatatkan pada tahun ini berbanding 173,000 orang yang dicatatkan pada 2013.
LGBT bukan penyakit mental - Boon Chye
Kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) tidak boleh dianggap sebagai golongan yang menghadapi penyakit mental.
Isu LGBT: 'Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya ialah kebebasan haiwan'
Kerajaan Pulau Pinang digesa tidak tunduk dengan desakan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Golongan LGBT tidak harus didiskriminasi di tempat kerja - Mujahid
Golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warga negara ini dan mereka tidak seharusnya didiskriminasi.
Jangkitan HIV: Punca salah guna dadah menurun, homoseksual dan biseksual kini penyumbang utama
Golongan homoseksual dan biseksual kini menjadi kumpulan penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV dan AIDS terutamanya di sekitar ibu negara, kata pakar perubatan kesihatan awam.
Kes saman Anwar terhadap Nallakaruppan, Utusan selesai
Saman tersebut adalah berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas Ketua Pembangkang itu dengan aktiviti biseksual yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.
Kenyataan LGBT Timbalan KPN tidak masuk akal - Marina
Menurut Datin Paduka Marina Mahathir, polis seharusnya memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah jenayah dalam negara ini dan tidak memperbesarkan isu yang tidak wujud.
Perhimpunan LGBT Singapura tetap berlangsung di tengah-tengah bantahan
Ribuan berkumpul di ibu kota Singapura petang tadi bagi menghadiri perarakan menuntut hak asasi bagi golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transeksual, LGBT.