Janin bayi ditemui dalam tong sampah

Janin bayi ditemui dalam tong sampah
Seorang pekerja Alam Flora menemui janin itu selepas memunggah sampah dari dalam sebuah tong sampah ke dalam lori. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Satu janin bayi perempuan ditemui di dalam timbunan sampah di sebuah kawasan perumahan penjawat awam di Presint 18, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata janin yang dianggar dalam lingkungan tujuh hingga lapan bulan itu ditemui oleh pekerja Alam Flora yang sedang melakukan tugas pungutan sampah di Blok D perumahan tersebut.

"Polis menerima panggilan daripada orang awam pada 9.25 pagi memaklumkan ada jumpa janin bayi di dalam lori sampah setelah dimaklumkan oleh pekerja Alam Flora," katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, pekerja terbabit menemui janin itu selepas memunggah sampah dari dalam sebuah tong sampah ke dalam lori.

Rosly berkata janin berkenaan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Kes disiasat menurut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya. -- Bernama




Tag: buang bayi, buang janin, putrajaya


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.