Apabila berhadapan dengan kritikan pelancong ketika menelusuri Sungai Selangor untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan, seorang pemuda tidak menunggu lama untuk mengambil langkah pertama mengutip sampah di sungai itu.
Kata Masbudi Malek, 33 tahun, yang bekerja sebagai seorang pemandu pelancong, inisiatif membersihkan sungai tercetus apabila kerap disapa dengan soalan yang sama.
“Ia hasil daripada teguran pelancong. Apabila mendayung sampan, saya ditegur kenapa banyak sampah?’” katanya.
Percaya atau tidak, antara sampah yang pernah dikutipnya termasuklah lampu isyarat trafik, mesin basuh, malah janin manusia.
Pada tahun 2019 sahaja, sebanyak lima tan sampah-sarap dikutip manakala 1.5 tan sampah pernah dikutip dalam masa satu jam setengah.
Melakukan kerja yang murni seperti itu, sebetulnya tidak mudah untuk ditempuh oleh Masbudi, kerana dia tidak terlepas daripada dikritik oleh orang sekeliling.
Katanya, pada awalnya dia dipandang rendah kerana melakukan kerja-kerja pembersihan sungai.
“Mula-mula saya cuba seorang diri, namun orang kampung pula kata: "Ini bukan kerja kau, ini kerja pihak berkuasa," kata Musbadi menyambung perbualan.
Bagaimanapun, usaha murni Musbadi itu lama kelamaan mula mendapat sokongan orang ramai dan kini beliau bekerjasama dengan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Persatuan Pendayung Kuala Selangor bagi meneruskan kerja-kerja pembersihan itu.
“Saya mula dapat inspirasi kerana saya sendiri pelancong juga dan apabila kita melancong, kita nak pergi ke tempat cantik. Kita perlu letakkan diri sebagai pelancong yang datang ke sini,” katanya.
Tiada kelip-kelip, jejas seluruh ekonomi komuniti
Pencemaran sungai sebetulnya sangat membimbangkan seluruh masyarakat kampung itu yang banyak bergantung kepada ekopelancongan di kampung itu.
Bagi Masbudi, populasi kelip-kelip itu merupakan periuk nasi kepada masyarakat Kampung Kuantan.
Kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mendapati populasi kelip-kelip antara 2006 hingga 2016 menurun sebanyak 42 peratus.
Pada 2018, FRIM mencadangkan agar zon penampan diluaskan sekurang-kurangnya 50 meter pada kedua-dua belah tebing sungai bagi memelihara pokok berembang, sago dan nipah yang menjadi sumber makanan dan habitat bagi serangga tersebut.
“Apabila tiada kelip-kelip, ia boleh menjejaskan ekonomi seluruh masyarakat,” kata Masbudi.
Tambah beliau, citarasa pelancong juga sudah berubah apabila kini mereka lebih gemar mengenali budaya dan kegiatan ekonomi komuniti setempat.
Antara aktiviti yang dilakukan beliau adalah penyemaian biji benih pokok bakau yang bukan sahaja mendidik pelancong tentang kesukaran untuk menanam pokok, malah ia secara tidak langsung turut memastikan orang ramai lebih menghargai alam sekitar secara keseluruhan.
Ikuti kisah Masbudi yang ditemui oleh Hakim Rahman dan Nailah Huda dalam segmen Poskod@Awani yang merupakan program sempena Tahun Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.
Nailah Huda
Mon Jan 20 2020
Pemandangan di Kampung Kuantan, Kuala Selangor yang terkenal untuk pengalaman melihat kelip-kelip. Foto ASTRO AWANI/Nailah Huda.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Pelanggaran pada struktur titik kritikal mungkin sebabkan nahas helikopter - Pakar
Titik kritikal sesebuah pesawat yang terjejas akan akibatkan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabkan ia kehilangan aerodinamik.
AWANI Tonight: Is global net zero target in jeopardy?
The Energy Industries Council (EIC) highlights the widening gap between the industry's current reality and the ambitious global net zero targets set by policymakers to be achieved by 2050 as well as what it takes to fulfil the commitment.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.
Guterres gesa tindakan tangani krisis sisa pepejal secara global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa seluruh dunia pada Sabtu supaya bertindak menangani krisis sisa pepejal, lapor Xinhua.
Jenayah alam sekitar disabit di mahkamah meningkat tahun lepas - Nik Nazmi
Kes melibatkan jenayah alam sekitar yang disabitkan di mahkamah meningkat kepada 409 kes pada tahun lepas berbanding 289 kes pada 2019.
Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang
UTP menang Anugerah Tenaga Negara sebagai pengiktirafan usaha kemampanan
Pencapaian ini menyerlahkan komitmen UTP yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan alam sekitar.
Berhati-hati beli barangan mesra alam, elak muslihat 'greenwashing'
Slogan sedemikian sebenarnya antara strategi 'acah hijau' (greenwashing) yang digunakan bagi mengabui masyarakat hari ini.
PBBPP rayu pendaki jaga kebersihan di Bukit Bendera
PBBPP merayu kepada semua pengguna laluan terutamanya pendaki supaya menjaga kebersihan alam sekitar di pusat peranginan tersebut.
Jason Momoa nak jadi ahli politik untuk selamatkan dunia
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih berat berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Malaysia komited capai matlamat SDG PBB dan Perjanjian Paris 2015
Peralihan dalam dasar Malaysia baru-baru ini untuk membenarkan eksport tenaga boleh diperbaharui komersial bakal menjana manfaat ekonomi.