awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS diminta siasat segera lagi kes pembuangan sisa kimia

Bernama
Bernama
19/03/2019
00:17 MYT
JAS diminta siasat segera lagi kes pembuangan sisa kimia
Beberapa tong biru dipercayai digunakan sebagai bekas pembuangan sisa kimia dijumpai berdekatan Sungai Sembilang. - BERNAMA
Jabatan Alam Sekitar (JAS) diminta menyiasat segera laporan berhubung beberapa lagi kes disyaki kesan pembuangan sisa kimia di kawasan Masai.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata beliau mengambil serius dengan laporan dan aduan bahawa terdapat beberapa lagi kes yang disyaki kesan pembuangan sisa kimia.
"Sehingga laporan yang lengkap diperolehi daripada JAS, kawasan tersebut hendaklah ditutup sepenuhnya sehingga kerja-kerja pembersihan, kawalan dan penyiasatan telah dijalankan.
"Jika benar pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pembuangan haram, tindakan tegas akan diambil," katanya dalam kenyataan, di sini pada Isnin.
Menurut Osman, beliau tidak akan membiarkan bencana kimia itu berulang kerana nyawa dan keselamatan rakyat menjadi pertaruhan.
"Saya menyeru kepada semua rakyat untuk menjauhi kawasan tersebut dan mematuhi peraturan keselamatan yang disediakan," kata beliau.
Terdahulu, beberapa tong biru dipercayai digunakan sebagai bekas pembuangan sisa kimia, dijumpai berdekatan Sungai Sembilang di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tanjung Puteri Resort.
Sekolah berkenaan adalah antara sekolah-sekolah yang mana pelajarnya antara yang terkesan ekoran pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, 12 hari lepas. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bencana kimia
#Jabatan Alam Sekitar
#JAS
#Osman Sapian
#pembuangan sisa kimia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan