awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad Aidana dituntut wanita dipercayai kakak

Sathesh Raj
Sathesh Raj
06/04/2015
09:13 MYT
Jasad Aidana dituntut wanita dipercayai kakak
Antara wakil kedutaan Kyrgyztan hadir ke Jabatan Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur hari ini. -Foto Bernama
Jasad seorang warganegara Kyrgystan, Aidana Baizieva yang terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih Sabtu lalu telah dituntut seorang wanita dipercayai ahli keluarganya di Hospital Kuala Lumpur hari ini .
Menurut The Star Online, wanita terbabit yang dipercayai kakak kepada Aidana tiba untuk menuntut jasad adiknya jam 10.45 pagi tadi.
Kakak Aidana dipercayai ditemani seorang lelaki dari kedutaan Kyrgystan di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Kedutaan Kyrgystan di Kuala Lumpur ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan Aidana sebagai warganegara negara itu tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana mangsa tidak berdaftar di bawah kedutaan itu.
Kedutaan Kyrgystan kini dalam proses mengumpul maklumat lanjut dan akan memberi perkembangan tentang identiti sebenar Aidana selepas mengemas kini butirannya.
BACA: Helikopter awam terhempas di Semenyih, 6 maut
Aidana terkorban dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Sabtu lalu dalam kejadian yang turut meragut nyawa Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan empat yang lain.
Aidana sebelum ini dilaporkan sebagai seorang pembantu juruterbang tetapi kemudiannya disahkan sebagai seorang pekerja Penerbangan Cempaka.
GALERI FOTO: Di lokasi nahas helikopter awam terhempas di Semenyih
GALERI FOTO: Rentetan nahas helikopter awam di Semenyih
Topic Berkaitan
#Aidana Baizieva
#helikopter
#Jamaluddin Jarjis
#kedutaan
#Kyrgystan
#Nahas
#Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan