Jasad yang ditemukan di kawasan Gunung Damavand, Iran pada petang Jumaat, 27 Oktober lalu disahkan milik pendaki warganegara Malaysia, Ramli Abd Majid.

Pengesahan itu dibuat Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan kepada media pada Ahad

“Kerajaan Malaysia merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Iran di atas usaha mencari dan menyelamat yang telah dilakukan, serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang menghulurkan bantuan untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.